YANG LAMA DILUPA JANGAN - RESEPI KUIH PUTU KACANG HIJAU - 1 HARI 1 RESEPI
600 gram kacang hijau
400 gram gula pasir, dikisar halus dan diayak
200 - 300 ml air
Cara-caranya
1. Bersihkan kacang hijau kemudian digoreng hingga garing. Selepas itu tumbuk san buang kulitnya dan basuh(serta merta sejat hingga kering dan jemur seketika)lalu dikisar halus dan dijemur kembali sebentar hingga kering.
2. Campurkan tepung kacang hijau dengan gula dan gaul rata. Kemudian basahkan dengan air sedikit-sedikit sambil digaul rata sehingga adunan ini boleh dikepal. Tutup adunan dengan kain lembab selama setengah jam.
3. Siapkan pencetak putu kacang dan tepung sagu dibungkus dalam kain laalu ditepuk pada pencetak. Isikan adunan ke dalam pencetak lalu tekan kuat-kuat supaya mampat. Kemudian ratakan dengan menggunakan pisau.
4. Keluarkan pula putu yang telah ditekan dengan cara menelungkupkan pencetak itu dan diketuk perlahan-lahan. Atur putu yang keluar di dalam dulang dan jemurlah sebentar. Kalau suka boleh juga dibakar di dalam oven yang paling sederhana panasnya lebih kurang selama 5 minit.
Sumber http://bonda-delight.blogspot.com/p/resipi.html
SELAMAT MENCUBA!!!
0 comments:
Post a Comment