RAKAN-RAKAN BLOGGER





Sunday, 20 July 2014

PEOGEUT CDM25 : Bukan Persoalan BULAN RAMADHAN, ISLAM, MELAYU, CINA atau PEREMPUAN tapi persoalan MANUSIA dan EMOSINYA.


Agak terkejut saya melihat video gelagat pemandu perempuan CDM25 kereta Peugeot. Sedikit jenaka pun ya juga. Mana tidaknya sampai sanggup ambil kunci kereta lelaki cina warga emas tu! Siap ketuk lagi kereta lelaki cina warga emas tersebut.

Itulah hakikatnya peristiwa di Malaysia. Sedikit yang buat perangai, satu MALAYA kena hentam. “Sebab nila setitik rosak susu sebelanga”. Kalau melihat komen-komen yang ada tentang video tersebut pada laman youtube itu sendiri atau pada mana-mana laman sesawang blog dan sebagainya, komen yang kurang enak cuba dikaitkan dengan anutan AGAMA dan BUDAYA!

Benarkah wanita ini mewaklili orang MELAYU dan sikap WANITA MELAYU atau juga WANITA MALAYSIA? Pasti ramai yang tidak bersetuju dan protes terhadap tindakan wanita tersebut.

Kalau direnung secara mendalam, tindakan wanita tersebut ini tidak mewakili sikap orang MALAYSIA, orang MELAYU(ISLAM), wanita MELAYU dan juga tidak mewakili wanita MALAYSIA. Tapi dia mewakili EMOSI MANUSIA.  Manusia yang ada sifat emosi. 

Kita semua ada emosi. Bezanya samada emosi yang dikawal atau tidak. Emosi yang positif atau emosi yang negatif. Kalau kita sebagai manusia tiada emosi masakan kita bersimpati dengan yahudi yang berlaku kejam pada orang PALESTINE di GAZA  dan tidak perlu kita simpati pada mangsa MH17 sebab kita hilang emosi sebagai manusia! Tapi itulah bezanya emosi yang lahir atas simpati sebagai manusia yang prihatin atau emosi yang tidak terkawal .

Bila emosi wanita itu tidak dikawal, berlakulah tindakan diluar kawalan. Akibatnya perkara yang jarang dilakukan tanpa disedari diterjemahkan dalam bentuk perbuatan ….akibatnya kunci kereta dan stering lock dijadikan sandaran dalam membuat pengadilan dan hak diri dalam peristiwa tersebut dan menuntut RM2,000 sebagai ganti!

Keadaan yang tidak disengajakan bukan sengaja warga emas lelaki cina itu hendak melanggar kereta peogeut itu. Berbeza dengan peristiwa MH17 perkara yang disengajakan walaupun pihak yang bertanggungjawab mengaku tidak berniat untuk mensasarkan pada pesawat yang membawa 298 penumpang! Tetapi bukan isu MH17 yang saya cuba sampaikan.

Kedua-duanya peristiwa CDM25 dan MH17 tetap disebut sebagai KEMALANGAN. Yang berbeza kemalangan CDM25 tidak meragut dan mencederakan mana-mana pihak malah kedua-duanya  telah ditawarkan oleh salah sebuah syarikat telekomunikasi di Malaysia untuk membiayai kos kemalangan tersebut.

Cuma beberapa komen yang dilontarkan di dalam laman siber ini yang agak kurang enak didengar di halwa telinga seperti mengaitkan bulan RAMADHAN, ISLAM, MELAYU dan CINA. Sedar atau tidak sedar komen-komen yang berbaur perkauman ini juga timbul akibat dari EMOSI yang tidak terkawal atau lebih mudah emosi negatif! Law of attraction – hukum tarik menarik. Perkara yang negatif mengundang yang negatif. Wanita itu mengamuk dan terkeluar perkataan kesat menyebut “CINA” mengundang kemarahan pada semua lapisan masyarakat dalam laman – laman sesawang dalam alam siber yang berbaur perkauman.

Pakcik SIM -sikap tenang, sabar dan pemaaf yang ada pada dirinya patut dicontohi dan diteladani
Tuhan Maha Pengasih! Sikap TENANG dan SABAR di balas serta merta!

Yang menariknya, emosi yang ada pada warga emas tersebut. Beliau mempunyai SIKAP TENANG dan SABAR yang tinggi. Berpuasa ke dia atau sebab kematangan dalam diri menjadikan EMOSI dirinya stabil dan dapat dikawal?  Inilah PERSOALAN EMOSI MANUSIA. Pada pandangan saya , tidak ada kena mengena dengan BULAN RAMADHAN, MELAYU, CINA atau WANITA!

Percaya atau tidak video perempuan melayu yang mengamuk di jalan raya di Kuantan itu menjadi viral dalam alam siber dan trending satu dunia dalam laman Youtube tetapi akhirnya tenggelam dengan serangan Yahudi di GAZA dan kemalangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine!!!





Sis...Walaupun emosional tetapi sikap RASIONAL anda lebih tinggi..(memohon maaf secara terbuka)

Kepada ERAFM....tindakan kakitangan ERAFM memberi peluang pada wanita ini datang ke konti perlu dipuji kerana berani menjadi "orang tengah" yang meredakan keadaan. Syabas ERAFM.
Dan tidak lupa juga pihak PDRM yang menjalankan tugas dengan adil.

RF : Sis, apa kata raya ni buat rumah terbuka pada hari yang sesuai dan jemput pakcik Sim ni dan ahli keluarganya ke rumah. Dan jemput juga kakitangan ERA FM. Pasti menjadi hari raya yang terindah buat sis dan pakcik sim ni. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pasang Iklan Baris Dan Banner Di Setiap Posting Di dalam Blog Ini Dengan Hanya RM30 Sebulan. Hubungi admin...e-mail: aryatejajowo@gmail.com

ARKIB BLOG

TERKINI DALAM BLOG

POPULAR DALAM BLOG INI

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP