RAKAN-RAKAN BLOGGER





Showing posts with label KEJURUTERAAN. Show all posts
Showing posts with label KEJURUTERAAN. Show all posts

Friday, 18 October 2013

Protege NIKOLA TESLA : OTIS T CARR, RALPH RING dan Misteri Teknologi UFO


Persoalannya SIAPA protege Tesla dan APAKAH KONSEP dan IDEANYA yang telah dilepaskan pada protegenya?

UFO
Artikel kali ini akan memberikan sedikit maklumat tentang protegenya Otis T Carr dan Ralph Ring(orang yang bersama-sama dengan Otis T Carr) dalam merungkai Misteri Teknologi UFO.

Otis T Carr

Beliau merupakan orang yang dikenali sebagai protege Tesla. Di lahirkan di Amerika Syarikat pada 7 Dec 1904. Pada permulaan perkenalan dengan Tesla, beliau dikatakan bekerja sebagai "bell boy" di hotel New Yorker. Kekerapan permintaan Tesla untuk membelikan kacang untuk makanan burung merpati Tesla, menjadikan hubungan mereka akrab apatah lagi Otis juga mempunyai minat yang mendalam memahami tentang alam semesta berkaitan penciptaan dan tenaga alam, persamaan yang sama seperti Tesla.
http://www.bluestarenterprise.com


Ada teori mengatakan "Dynamic Theory of Gravity" yang dibukukan oleh Tesla telah diwarisi oleh Otis. Begitu juga kertas kerja konsep idea penciptaan kenderaan menggunakan "Zero Point Energy" atau Kapal Piring Terbang oleh Tesla telah diserahkan kepada Otis kerana Otis menyimpan minat yang amat mendalam tentang idea Tesla tersebut yang juga inginkan manusia menggunakannya sebagai kenderaan harian. Minat yang mendalam tersebut telah membawa Otis merintis jalannya sendiri.
Model OTC X-1

Walaupun beliau bukannya saintis dan juga jurutera, beliau berjaya menubuhkan OTC Enterprise iaitu sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pembangunan dan kajian tentang teknologi Kapal Piring Terbang atau kebanyakkan kita kenali sebagai UFO. Dengan kehadiran beberapa saintis serta jurutera di bawah OTC Enterprise tersebut, projek kenderaan tersebut dimulakan pada sekitar 1950an. Ada juga yang mengatakan Otis tidak membayar saintis dan jurutera tersebut tapi mereka melakukannya atas dasar minat yang mendalam dan pentingnya kenderaan tersebut untuk kegunaan manusia. Beberapa tahun selepas itu, sebuah kapal piring terbang telah berjaya di bangunkan di Baltimore. Kenderaan tersebut telah diberikan nama OTC X-1. OTC X-1 dibangunkan dengan menggunakan teknologi antigraviti, teknologi graviti buatan(melawan inersia untuk mengekalkan jasad dalam kenderaan tersebut) dan teknologi Utron. Teknologi utron menjadi intipati utama sebagai sumber tenaga mengerakkan kenderaan tersebut juga dikenali sebagai "The Gravity Utron Generator" @ "Utron Battery" @ "The Photon Gun".
http://www.bluestarenterprise.com
Utron

OTC X-1

Pada tahun 1961. Otis T Carr telah disabitkan kesalahan "menjual saham syarikat yang tidak didaftarkan secara sah" yang berkaitan dengan perniagaan OTC Enterprise sebagai syarikat yang akan membangunkan kenderaan seperti itu dengan banyak lagi dan untuk dijual kepada umum. Ada yang mengatakan ianya sebagai konspirasi untuk menghalang Otis dari terus membangunkan kenderaan tersebut yang boleh mengugat "Monetary System" yang ada !

Tidak banyak kisah Otis T Carr yang diceritakan secara terperinci. Tetapi seorang juruteknik yang pernah terlibat secara langsung bersama-sama Otis di dalam membangunkan OTC X-1 tersebut malah berpengalaman dalam memandu kenderaan tersebut ialah Ralph Ring. Ralph Ring dapat menceritakan secara lebih jelas tentang konsep kenderaan tersebut dan penggunaan teknologi ether.

Ralph Ring
http://www.bluestarenterprise.com

Ralph Ring adalah seorang juruteknik yang berdedikasi dan inovatif yang bekerja bersama-sama dengan Otis lewat 1950 dan awal 1960an. Di awal usianya, Ralph berkhidmat dengan kerajaan Amerika Syarikat dalam pasukan tentera darat. Pernah terlibat dalam peperangan di Korea. Semasa berkhidmat sebagai pasukan atileri tentera darat Amerika Syarikat, kesan peperangan memberi tekanan yang kuat pada dirinya. Selepas tamat perkhidmatan, beliau memulakan kehidupan lain dalam perniagaan "scuba diving" atas dasar minat yang mendalam juga tentang alam semulajadi. Perniagaannya yang semakin maju, membuatkan dirinya kurang meluangkan bersama isteri dan anak-anaknya. Akur dengan kehendak yang ada, beliau berhenti dari perniagaan tersebut dan memulakan kehidupan baru dengan mencari kerja yang sesuai supaya dia dapat meluangkan masa bersama keluarganya.

Permohonannya sebagai pembantu makmal dan juga juruteknik dalam sebuah makmal milik agensi kerajaan diterima. Skop kerjanya sebagai pembantu hanyalah untuk mencari kaedah pengujian untuk menembak elektron dalam tiub dengan tepat. Beberapa hari selepas bekerja, dia membuat mini makmal di rumahnya sendirinya. Dalam percubaan ujian yang dilakukan dirumahnya, Ralph telah berjaya membuat kaedah menembak elektron itu dengan tepat dengan hanya menggunakan magnet. Selain itu juga beliau berjaya mencari kaedah mengapungkan atau "levitation" bola pingpong dengan menggunakan konsep resonan yang terhasil dari gelombang bunyi dari speaker radio lama di rumahnya!

Dengan semangat yang membara, ditempat kerjanya Ralph memberitahu orang atasannya tentang penemuan-penemuannya. Malang! Penemuan dan kaedah yang beliau temui ditolak sama sekali oleh bosnya! Atas alasan, yang sebenarnya mereka di bayar untuk mencari jawapan supaya kaedah yang ditemui oleh Ralph tidak akan berlaku pekembangannya! Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut pengakuan Ralph Ring ini di dalam ucapannya dalam seminar-seminar yang dianjurkan oleh golongan akademik dalam laman Youtube. Salah satu seperti di bawah.

Akhirnya Ralph membuat keputusan berhenti di makmal tersebut dan menceritakan pengalamannya dan penemuannya pada rakan-rakan di kawasan rumahnya. Ada di antara mereka yang faham kehendak Ralph dan dalam masa yang sama juga mengetahui tentang aktviti Otis T Carr, telah memperkenalkan Ralph pada Otis T Carr. Pertemuan Ralph dengan Otis, akhirnya membawa sejarah yang bermakna pada mereka. Bermulalah pengalaman beliau bersama-sama dengan Otis T Carr dalam membangunkan OTC X-1 sebagai kapal piring terbang.
OTC X-1

Anda boleh memahami beberapa fakta dan perkara yang menarik tentang pengalaman beliau bersama Otis T Carr dalam memandu sendiri Kapal Piring Terbang tersebut. Kisah bagaimana operasi mereka dihalang dan dihentikan oleh kerajaan Amerika Syarikat melalui agensi-agensi tertentu juga boleh anda dapati dari video-video di bawah. Selepas anda tonton siri video ucapan dan temubual bersama beliau di dalam youtube, anda akan mengetahui:-

1. Teknologi UFO atau kapal piring terbang ini memang sebenarnya wujud dan ada manusia yang dah berjaya melakukannya.
2. "MEN IN BLACK" atau MIB, agensi ini memang wujud tetapi lebih pada kegiatan menghalang dari pekembangan teknologi ini wujud.
3. Tenaga percuma yang lebih berkesan adalah tenaga dari kristal. "CRYSTAL Energy".
4. Teori material sememangnya tidak wujud. Yang wujud hanyalah tenaga dan kita berada dalam lautan tenaga yang terikat dengan Matrik!
5. Tenaga percuma atau "Free Energy" dalam konsep "ZERO POINT ENERGY" sememangnya ada disekeliling kita yang dapat menjana kehidupan kita tanpa perlu membayar! Kita hanya perlu keluarkan nilai kos pembuatannya sahaja selepas itu kita gunakan maksima dan percuma.
6. Penggunaan Magnet adalah cara paling ringkas dan murah untuk menjana tenaga elektrik percuma selain dari penggunaan kristal.
Aquamarine Crystal-gambar hiasan

http://www.bluestarenterprise.com
model OTC X-1 yang cuba dibangunkan semula

Dan persoalan yang akan anda dapati :-

1. Adakah teknologi UFO ini wujud dikalangan manusia sahaja atau makhluk asing @ alien?
2. Adakah tentera Nazi dizaman perang dunia ke 2 benar-benar mempunyai teknologi UFO ini? Kalau mereka miliki, milik siapa?

3. Ke mana kah hilangnya saintis-saintis nazi yang terlibat dalam projek teknologi "zero point energy" ini menghilang?
4. Apakah kaitan projek "Paper Clips" dengan UFO yang kelihatan?

Video temubual bersama beliau tentang pengakuannya memandu sendiri OTC X-1


Kini Ralph bersama isterinya masih bergiat aktif dalam mencipta semula kenderaan seperti UFO ini. Selain itu mereka juga sedang merekacipta rumah terapung yang boleh bergerak ke mana sahaja yang dikehendaki dengan menggunakan teknologi kristal! Anda boleh ikuti perkembangannya melalui laman webnya http://www.bluestarenterprise.com dan sekiranya anda berminat dan mempunyai kepakaran dalam kejuruteraan dan sains teknologi, anda boleh menghubungi beliau melalui laman webnya.

Sejauh mana benar kristal boleh menghasilkan tenaga yang hebat hingga ke tahap "zero point energy"? Dan apakah kaitan batu-batu kristal yang ada dikeliling piramid Malaysia yang masih lagi dirahsiakan? Atau sebagai ikon cerita imaginasi seperti superman?
http://militaryofmalaysia.net


Read more...

Tuesday, 23 July 2013

Siapa NIKOLA TESLA? Kenapa Kisahnya Di Gelapkan?


Bila sebut Nikola Tesla, pasti kita teringat zaman sekolah dulu semasa membuat ujikaji 
tentang medan magnet kerana unit untuk mengukur medan ini dipanggil TESLA atau 
simbol 'T". Atau mungkin ada juga yang mengetahui sebagai pencipta motor elektrik. 
Atau mungkin juga diantara anda yang kurang mengetahui latarbelakang dan fakta tentang
diri manusia yang bernama Nikola Tesla ini. 
Kenapa Tesla dan fakta tentang dirinya digelapkan?

Pasti anda akan dapat jawapannya bila segala ciptaan dan penemuannya anda ketahui!

SEDIKIT LATARBELAKANG TENTANG DIRINYA

Nikola Tesla dilahirkan pada 10 Julai pada tahun 1856 di Smiljan di negara Croatia. 

Ibunya seorang surirumah mempunyai minat untuk mencipta pelbagai peralatan rumah 

sebagai kerja sambilan. Antara peralatan ciptaan ibunya ialah pemukul telur dan
mentega. Pendedahan aktiviti ibunya, mendorong Tesla mempunyai minat yang
mendalam untuk mencipta pelbagai alat dan ciptaan untuk memudahkan manusia 
melakukan kerja. Lantaran minat yang mendalam ini, Tesla melanjutkan pelajaran ke 
Polytechnic Institute in Graz, Austria dan seterusnya ke Universiti of Prague, Austria 
hingga memiliki ijazah kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal.
Tesla dengan kajiannya

Pada tahun 1882, Tesla memulakan kerjayanya di Central Telephone Exchange di 
Budapest. Konsep dan idea "Rotating Magnetic Field" yang dimiliki terbantut untuk
dilaksanakan di Budapest kerana kekurangan modal, mendorong beliau menulis 
kepada Thomas Edison. Tanggal 6 Jun tahun 1884, sejarah kehidupannya bermula
di Amerika setelah Thomas Edison bersetuju untuk mengambil Tesla berkerja dengan
syarikat Thomas Edison.


Thomas Edison, telah berjanji pada Tesla, untuk membayar Tesla sebanyak USD14
seminggu dan juga US50,000 sebagai bonus sekiranya Tesla dapat memperbaiki mutu
"Direct Current"D.C ciptaannya. Tetapi malangnya setelah Tesla melaksanakan tugasnya,
Thomas Edison tidak menepati janjinya untuk membayar USD50,000 tersebut
lebih-lebih lagi konsep "Alternate Current" A.C yang dibawa Tesla, boleh mengugat 
dirinya sebagai pelopor Tenaga Elektrik di Amerika. Merasakan dirinya tertipu, 
Tesla berhenti bekerja dengan Thomas Edison.


Kemudian seorang pesaing kepada Thomas Edison dan juga seorang usahawan yang
giat dan dahagakan teknologi dalam pernigaannya iaitu George Westinghouse bertemu 
Tesla untuk menjadikan rakan niaga agar mereka dapat mencipta dan menjual jenerator,
motor dan transformer yang menggunakan "Alternate Current" yang cuba diketengahkan
oleh Tesla. Bermulalah pesaingan di dalam pasaran Tenaga Elektrik di Amerika!

Anda boleh mengetahui lebih lanjut kisah kehidupan Tesla 
yang difilemkan dalam video di youtube di atas

History Channel : The Missing Secrets Of Nikola Tesla

FAKTA-FAKTA LAIN TENTANG TESLA 

1. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab dalam mencipta Hidroeletric Power Plant
di Niagara Fall yang menjadi sumber tenaga utama yang menerangi bandaraya New York
dari tahun 1896 hingga kini.

2. Tesla Unit yang bersimbolkan "T" telah digunapakai sebagai unit ukuran untuk 
mengukur medan magnet  hasil kajiannya.


3. Tesla adalah pencipta WIRELESS TECHNOLOGY yang telah dicipta pada tahun 1898
dan didemostrasikan pada bot permainan.

Sekiranya anda menonton filem berkenaan diri Tesla, mungkin anda akan faham 
bagaimana Tesla mendapat ilham menghasilkan "remote control". Ideanya mungkin
terhasil dari kekuatan SQ dan EQ yang dimanifestasikan oleh IQ dan berfikir
secara "hukum alam"

4. Sistem "ALTERNATE CURRENT" A.C yang dicipta oleh Tesla, ditentang hebat oleh 

Thomas Edison dengan melakukan Propaganda, A.C boleh membunuh. Thomas Edison
telah membunuh anjing dan juga gajah dengan menggunakan elektrik sebagai mengguatkan

hujahnya tentang A.C  "boleh membunuh".


5. Beliau adalah salah seorang pelopor atau penemu konsep "Free Energy". Konsep

"Free Energy" beliau yang paling terkenal adalah "Wardenclyffe Tower" atau "Tesla Tower"

dan juga Tesla Coil. Melalui kaedah "Wardenclyffe Tower" ini, tenaga elektrik yang 

terhasil di ambil atau dijana dari alam sekeliling dan dapat dialirkan dan digunakan secara

percuma tanpa had keseluruh dunia dengan menggunakan WIRELESS. 

"Wardenclyffe Tower" ini tidak diteruskan pembinaannya dan dimusnahkan pada tahun 

1917 kerana ianya boleh menggugat "monetary system" yang ada.



6. Terdapat 250 paten yang telah diusahakan beliau termasuklan Radar, "Spark Plug", 

Robot, Radio, X-Ray malah kita mungkin terkejut bila mengetahui teknologi Cellular Phone

 (handphone) juga merupakan ciptaan Tesla.


7. Telah diiktiraf sebagai " A HUMANITURIAN" dan "GENIUS MAN". Banyak Yayasan
 untuk konsep "Free Energy" menggunakan nama Tesla selepas kematiannya.

8. Meninggal dunia pada 7 January 1943 di New Yorker Hotel dalam keadaan berseorangan dan kemiskinan.

9. Kertas kerja "Death Ray" beliau telah didokumentasikan sebagai rahsia.

10. Selepas kematiannya, seluruh harta dan kertas kerja beliau menjadi simpanan kerajaan
Amerika. Ada juga kertas kerja dan konsep idea Tesla terlepas ke tangan Protegenya.


dilepaskan pada protegenya?

Dan anda juga pasti terkejut salah satu konsep FREE ENERGY yang diketengahkan oleh 
TESLA juga berkemungkinan besar telah digunapakai dalam piramid seperti video di bawah.


Nikola Tesla - The secrets hidden in the pyramids of Egypt

Kini idea dan konsepnya berkembang
Sebagai contoh kereta dijanakan
dengan menggunakan tenaga elektrik




"LET THE FUTURE TELL THE TRUTH AND 
EVAULATE EACH ONE 
ACCORDING TO HIS WORK AND ACCOMPLISHMENTS"
"THE PRESENTS IS THEIR, THE FUTURE FOR
THE WHICH I HAVE REALLY
WORKED IS MINE"

Berfikirlah secara Tesla.

Jika anda mahu mencari rahsia alam semesta, berfikirlah dari segi tenaga (energy) , kekerapan (frequency) dan getaran (vibration) ~ Nikola Tesla

Sebagai buah fikiran......cuba anda lihat gambar di bawah

Adakah lebah ini terbang?
Ya lebah ini terbang dengan menggunakan sayapnya sekiranya 
kita memahami dalam pengertian kita yang telah diajar suatu ketika dahulu

Tapi sekiranya kita berfikir dari sudut "hukum alam" atau Natural Law.
TIDAK.
"Lebah ini menukarkan frequensi dirinya pada alam sekelilingnya melalui sayapnya
hingga ia berupaya untuk terapung"- RALPH RING

Read more...

Thursday, 21 February 2013

Jeep Kembara Yang Kelass!!!

Aksi-aksi menarik jeep khas untuk para peminat sukan lasak. 

Read more...

Monday, 4 February 2013

Sanggup Ke??? - Rumah Terkecil Di Dunia

Adakah anda rasa rumah anda kecil? Sebenarnya tidak! Ada lagi yang terkecil dari rumah anda! Ada manusia yang berfikir lain dari yang lain seperti Jakub Szczesny. Projek "KERET HOUSE" di Poland yang dijalankan ini mendapat perhatian orang ramai yang inginkan kelainan.



 Gambaran atau model rumah terkecil ini. Tenaga elektrik yang digunakan diambil penyambungan dari bangunan sebelah. Tangga yang digunakan pula adalah jenis automatik dan mudah alih yang dikawal dengan "Remote Control". Manakala sistem pembentungan tandas ini pula disalurkan dengan sistem pembentungan yang ada dari bangunan sebelah.

 Ruang asal yang digunakan untuk membuat rumah terkecil.

Read more...

Monday, 28 January 2013

Jambatan Menarik - FLAUBERT BRIDGE

Sebenarnya jambatan Flaubert ini adalah seperti jambatan biasa yang kita lihat. Cuma yang menariknya jambatan ini boleh membuka laluan untuk kapal-kapal lalu di bawahnya. Berikut sedikit keterangan tentang jambatan ini :-



Ciri-ciri menarik jambatan ini, iannya mempunyai lif di bahagian tengahnya untuk memberi laluan kapal-kapal yang belayar. Jambatan Gustave Flaubert Bridge ini terletak di sungai Seine berdekatan bandar Rouen, Haute-Normandie dalam negara Perancis. Ianya telah dibuka secara rasmi pada 25 September 2008 dan mengambil masa 4 tahun untuk pembinaan. Kerja - kerja pembinaannya dilakukan pada bulan Jun tahun 2004 dengan jumlah kos pembinaannya sebanyak 60 juta Euro. Panjang jambatan ini hanyalah 120 meter dengan ketinggian maksima 86 meter.

 Pandangan dari atas jambatan ini












Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pasang Iklan Baris Dan Banner Di Setiap Posting Di dalam Blog Ini Dengan Hanya RM30 Sebulan. Hubungi admin...e-mail: aryatejajowo@gmail.com

TERKINI DALAM BLOG

POPULAR DALAM BLOG INI

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP