Resepi Berbuka Puasa : UDANG GORENG MENTEGA
gambar hiasan
Menu kali adalah Udang Goreng Mentega, mudah dan sangat ringkas. Tengok warna udang pun dah terliur kalau masa berpuasa ni. Nampak!!!!....Bagi yang suka makanan laut @ seafood, anda boleh mencuba dan hidangkan kepada keluarga tersayang! Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
250 gm udang besar
15 biji telur (ambil kuning sahaja)
15 gm cili padi
20 gm daun kari
500 gm mentega
1 sudu sos tiram
Tepung beras secukupnya
Sedikit susu cair
Garam secukup rasa
Cara Membuat:
· Udang diperap dengan susu cair, garam dan sos tiram. Kemudian gaul dengan tepung beras lalu digoreng. Ketepikan.
· Campurkan mentega dan minyak masak. Apabila minyak panas, masukkan kuning telur dan kacau.
· Setelah telur separuh garing, masukkan daun kari, cili padi dan serbuk perasa.
· Curahkan minyak berserta bahan-bahan yang digoreng ke atas udang.
Selamat mencuba.
resepi lain berkaitan masak udang
http://revolusifikiran.blogspot.com/2013/02/resepi-kerutup-udang.html
Pesanan....selepas makan udang macam ini elakkan minum air oren jus atau apa - apa air jus. Dikhuatiri menjadi arsenik.
http://diariibuwafiq.blogspot.com/2012/01/vitamin-c-udang-mati-meracun-diri.html
0 comments:
Post a Comment