RAKAN-RAKAN BLOGGER

Saturday, 12 July 2014

KALAU MEMBERI DAN MENERIMA SEDEKAH TAK BOLEH.......TAPI SUMBANGAN TETAP BOLEH KAN?

Salam ramadhan buat semua pengunjung.

Terharu lah pulak melihat kesungguhan usaha dan niat murni Ustaz Nazrey Johari (bekas anggota Nasyid Raihan) untuk mendirikan sebuah pusat tahfiz di Ranau. Apakata kita sumbang dengan seikhlasnya.....takde banyak sedikit pun takpe. Jom sumbang kewangan.

http://www.bankami.net/2014/07/ban-sosial-nazrey-johari-raihan-nasyid.html

Sempena Ramadhan yang mulia. Mari kita bersedekah untuk pusat tahfiz ! Walaupun hanya mendendangkan lagu nasyid di kawasan bazar Ramadan, bekas penyanyi utama kumpulan nasyid Raihan yang popular sekitar awal tahun 2000 itu tetap gigih meneruskan usahanya. Ustaz Nazrey Johari kini dilihat pergi ke bazar Ramadan seluruh negara untuk mengumpul dana membina sebuah pusat tahfiz yang diberi nama Maahad Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau, Sabah. Pusat tahfiz ini disasarkan untuk golongan asnaf, anak yatim dan saudara baru mempelajari agama Islam. Masih teringat lagi suara merdu Nazrey menyanyikan lagu Harapan Ramadan bersama Manbai suatu ketika dulu.

Sungguh mulia hati Ustaz Nazrey yang tidak kisah langsung menyanyikan lagu nasyid di bazar Ramadan untuk mengutip derma pembiayaan pusat tahfiz itu. Terkini Nazrey dilihat berada di pasar Ramadan di Kajang, Selangor. Kami juga ingin berkongsi dengan anda jika anda mahu menyumbang membiayai pembinaan pusat tahfiz ini. Ayuh kita sama-sama menyumbang Dana Pembinaan Al-Tahfiz Bayu Syahadah sempena Ramadhan yang penuh barakah ini.

Sumbangan Ikhlas DANA PEMBINAAN AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH Ranau , Sabah
AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH RESOURCES :: CIMB BANK 1230 0000 8331 09

( akaun BARU CIMB CIMB: 8600627302 )









 




Masih ingat lagu-lagu popular Raihan? Antara yang popular dan memberi ingatan kepada kita  SYUKUR dan PUJI-PUJIAN. 


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pasang Iklan Baris Dan Banner Di Setiap Posting Di dalam Blog Ini Dengan Hanya RM30 Sebulan. Hubungi admin...e-mail: aryatejajowo@gmail.com

ARKIB BLOG

TERKINI DALAM BLOG

POPULAR DALAM BLOG INI

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP