RAKAN-RAKAN BLOGGER

Friday, 4 July 2014

KUIH....! KUIH !!! -RESEPI BISKUT COKLAT ROSE - 1 HARI 1 RESEPI


gambar hiasan

Bahan-bahan

240g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar instant coffee ( maisya guna 2 sb coffee dan 1 sb serbuk koko )
1 biji telur
80g gula halus
60g gula perang
100g unsalted butter- suhu bilik

Cara-cara

-Ambik 2 sudu besar instant coffee campurkan dengan 2 sudu besar air panas. Kacau dan ketepikan.
-Pukul butter sehingga jadi bentuk krim
-Dalam bekas lain, campurkan kedua-dua jenis gula dan kacau.
-Masukkan gula sedikit demi sedikit ke dalam butter. Pukul sehingga putih/ kembang
-Masukkan telur sikit demi sedikit dan pukul lagi
-Kemudian masukkan pula instant coffee yang telah dicairkan. Kacau.
-Dalam bekas lain, ayak tepung gandum dengan baking powder. Kemudian campurkan 1 sudu besar
instant coffeeyg tak dicampur dengan air(ni maisya guna serbuk koko). Kacaukan.
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter tadi sambil dikacau.
-Drop adunan tadi ke atas loyang yang dilapik dengan oven paper. Taburkan sedikit instant coffee ke atasnya.(tak buat pun)
-Bakar dengan suhu 180C selama 15-20 minit (maisya bakar dengan suhu 160 C, api atas & bawah..selama 10 minit untuk yg saiz nipis dan kecik...15 minit utk yg besar dan tebal)

Sumber http://daridapurmaisya.blogspot.com/2008/01/cookies.html

SELAMAT MENCUBA!!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pasang Iklan Baris Dan Banner Di Setiap Posting Di dalam Blog Ini Dengan Hanya RM30 Sebulan. Hubungi admin...e-mail: aryatejajowo@gmail.com

ARKIB BLOG

TERKINI DALAM BLOG

POPULAR DALAM BLOG INI

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP