RAKAN-RAKAN BLOGGER

Sunday, 6 July 2014

Kita Tukar Buat Kek Pulak - Resepi Kek Red Velvet

gambar hiasan

Sekarang ni...ramai betul suka kek red velvet ni. Apa kata hari raya ni ramai-ramai kita buat kek ni. Kalau nak tempah boleh gak...tapi harganya boleh tahan lah jugak. Bagi akak-akak, ibu-ibu atau adik-adik yang cuba, boleh lah cuba resepi di bawah.

Bahan-bahan

Untuk Kek

250g mentega
2 cawan gula
3 biji telur
1 sudu besar esen vanilla
1 ½ sudu besar pewarna merah
2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar cuka
½ cawan susu
Ising krim cheese
250g krim cheese
½ cawan mentega
2 sudu kecil esen vanilla
1 ½ cawan gula ising
Walnut

Caranya

1. Masukkan mentega dengan gula ke dalam bekas pegadun atau mixer.Adun sehingga lembut dan sebati.
2. Masukkan telur satu demi satu dan pukul sehingga sebati.
3. Masukkan esen vanilla dan pewarna merah, pukul semula.
4. Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk koko di dalam ayak tepung.Ayak semuanya sehingga halus.
5. Campurkan 1 sudu besar cuka ke dalam susu untuk membuat buttermilk.
6. Pukul campuran tepung selang seli dengan buttermilk sehingga sebati. Gunakan spatula untuk menolak tepung yang tercicir dari dinding mangkuk pengadun.
7. Campurkan 1 sudu besar cuka kepada soda penaik. Ia akan berbuih. Pukul kedalam adunan. Ini akan menghasilkan tekstur lembut dan ‘fluffy’ dalam kek setelah dibakar.
8. Masukkan kedalam 2 bekas 8 inci dan bakar selama 35 minit pada suhu 180 celsius.
9. Kemudian pukul krim cheese sehingga lembut untuk membuat ising krim cheese
10. Whisk dahulu mentega sebelum digabungkan dengan krim cheese untuk memudahkan ia sebati.
11. Pukul masuk esen vanilla dan cawan gula ising.

12. Sejukkan kek anda. Sapukan krim cheese di atas salah satu kek dan letak yang lagi satu di atas. Sapukan ising diseluruh kek dan masuk ke dalam peti sejuk untuk ‘set’kan ising. Taburkan walnut yang dicincang halus ke atas ising sebagai penyudah.

SELAMAT MENCUBA.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pasang Iklan Baris Dan Banner Di Setiap Posting Di dalam Blog Ini Dengan Hanya RM30 Sebulan. Hubungi admin...e-mail: aryatejajowo@gmail.com

ARKIB BLOG

TERKINI DALAM BLOG

POPULAR DALAM BLOG INI

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP