RAKAN-RAKAN BLOGGER





Thursday 3 July 2014

Tips Makanan Terbaik Untuk Sahur

 gambar hiasan

Ibadah berpuasa adalah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai daripada terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. 

Oleh itu, pemilihan makanan yang berkhasiat dan seimbang ketika bersahur amat penting kerana ia mampu memberi tenaga kepada anda untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian. 

Pastikan anda banyak minum air seperti air kosong atau jus buah-buahan selepas berbuka sehingga sahur bagi mengelakkan dihidrasi. Minuman seperti teh, kopi dan air berkarbonat perlu dielakkan kerana kafein mempercepatkan kehilangan air dalam badan kerana anda akan kerap membuang air kecil, sekaligus membuatkan cepat berasa dahaga.

Elak mengambil makanan segera, berminyak, manis serta tinggi kandungan sodium seperti sup dan makanan dalam tin kerana ia mungkin mendatangkan pedih ulu hati serta masalah lain kepada anda ketika berpuasa. 

Berikut adalah makanan yang boleh anda ambil ketika bersahur:

MAKANAN BERKARBOHIDRAT & TINGGI KANDUNGAN SERAT

Pilih makanan yang tinggi kandungan serat serta karbohidrat kompleks ia akan membantu menahan insulin iaitu hormon yang bertindak membawa masuk glukosa ke dalam sel daripada dirembeskan terlalu cepat dan banyak serta melambatkan proses penghadaman. 




Antara makanan yang boleh anda pilih adalah:
Kentang
Bijirin
Roti
Kekacang
Beras basmathi
Kacang hijau
Capati
Buah-buahan seperti aprikot dan prun. 

MAKANAN BERPROTEIN 

Selain daripada makanan berkarbohidrat kompleks dan tinggi kandungan serat, anda juga digalakkan untuk mengambil makanan berprotein. Kurangkan nasi, sebaliknya lebihkan pengambilan lauk yang berasaskan daging, ikan dan ayam. Ini kerana protein akan memberi tenaga kepada anda untuk bekerja dan melakukan aktiviti harian. 

KURMA

Sebelum waktu sahur berakhir, anda digalakkan mengambil buah tamar atau tamar kerana ia merupakan makanan penuh khasiat, memberi tenaga serta mengandungi vitamin yang baik untuk kesihatan anda. Malah ia merupakan sunnah Nabi ketika berpuasa.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pasang Iklan Baris Dan Banner Di Setiap Posting Di dalam Blog Ini Dengan Hanya RM30 Sebulan. Hubungi admin...e-mail: aryatejajowo@gmail.com

ARKIB BLOG

TERKINI DALAM BLOG

POPULAR DALAM BLOG INI

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP