RAKAN-RAKAN BLOGGER





Friday 18 October 2013

Protege NIKOLA TESLA : OTIS T CARR, RALPH RING dan Misteri Teknologi UFO


Persoalannya SIAPA protege Tesla dan APAKAH KONSEP dan IDEANYA yang telah dilepaskan pada protegenya?

UFO
Artikel kali ini akan memberikan sedikit maklumat tentang protegenya Otis T Carr dan Ralph Ring(orang yang bersama-sama dengan Otis T Carr) dalam merungkai Misteri Teknologi UFO.

Otis T Carr

Beliau merupakan orang yang dikenali sebagai protege Tesla. Di lahirkan di Amerika Syarikat pada 7 Dec 1904. Pada permulaan perkenalan dengan Tesla, beliau dikatakan bekerja sebagai "bell boy" di hotel New Yorker. Kekerapan permintaan Tesla untuk membelikan kacang untuk makanan burung merpati Tesla, menjadikan hubungan mereka akrab apatah lagi Otis juga mempunyai minat yang mendalam memahami tentang alam semesta berkaitan penciptaan dan tenaga alam, persamaan yang sama seperti Tesla.
http://www.bluestarenterprise.com


Ada teori mengatakan "Dynamic Theory of Gravity" yang dibukukan oleh Tesla telah diwarisi oleh Otis. Begitu juga kertas kerja konsep idea penciptaan kenderaan menggunakan "Zero Point Energy" atau Kapal Piring Terbang oleh Tesla telah diserahkan kepada Otis kerana Otis menyimpan minat yang amat mendalam tentang idea Tesla tersebut yang juga inginkan manusia menggunakannya sebagai kenderaan harian. Minat yang mendalam tersebut telah membawa Otis merintis jalannya sendiri.
Model OTC X-1

Walaupun beliau bukannya saintis dan juga jurutera, beliau berjaya menubuhkan OTC Enterprise iaitu sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pembangunan dan kajian tentang teknologi Kapal Piring Terbang atau kebanyakkan kita kenali sebagai UFO. Dengan kehadiran beberapa saintis serta jurutera di bawah OTC Enterprise tersebut, projek kenderaan tersebut dimulakan pada sekitar 1950an. Ada juga yang mengatakan Otis tidak membayar saintis dan jurutera tersebut tapi mereka melakukannya atas dasar minat yang mendalam dan pentingnya kenderaan tersebut untuk kegunaan manusia. Beberapa tahun selepas itu, sebuah kapal piring terbang telah berjaya di bangunkan di Baltimore. Kenderaan tersebut telah diberikan nama OTC X-1. OTC X-1 dibangunkan dengan menggunakan teknologi antigraviti, teknologi graviti buatan(melawan inersia untuk mengekalkan jasad dalam kenderaan tersebut) dan teknologi Utron. Teknologi utron menjadi intipati utama sebagai sumber tenaga mengerakkan kenderaan tersebut juga dikenali sebagai "The Gravity Utron Generator" @ "Utron Battery" @ "The Photon Gun".
http://www.bluestarenterprise.com
Utron

OTC X-1

Pada tahun 1961. Otis T Carr telah disabitkan kesalahan "menjual saham syarikat yang tidak didaftarkan secara sah" yang berkaitan dengan perniagaan OTC Enterprise sebagai syarikat yang akan membangunkan kenderaan seperti itu dengan banyak lagi dan untuk dijual kepada umum. Ada yang mengatakan ianya sebagai konspirasi untuk menghalang Otis dari terus membangunkan kenderaan tersebut yang boleh mengugat "Monetary System" yang ada !

Tidak banyak kisah Otis T Carr yang diceritakan secara terperinci. Tetapi seorang juruteknik yang pernah terlibat secara langsung bersama-sama Otis di dalam membangunkan OTC X-1 tersebut malah berpengalaman dalam memandu kenderaan tersebut ialah Ralph Ring. Ralph Ring dapat menceritakan secara lebih jelas tentang konsep kenderaan tersebut dan penggunaan teknologi ether.

Ralph Ring
http://www.bluestarenterprise.com

Ralph Ring adalah seorang juruteknik yang berdedikasi dan inovatif yang bekerja bersama-sama dengan Otis lewat 1950 dan awal 1960an. Di awal usianya, Ralph berkhidmat dengan kerajaan Amerika Syarikat dalam pasukan tentera darat. Pernah terlibat dalam peperangan di Korea. Semasa berkhidmat sebagai pasukan atileri tentera darat Amerika Syarikat, kesan peperangan memberi tekanan yang kuat pada dirinya. Selepas tamat perkhidmatan, beliau memulakan kehidupan lain dalam perniagaan "scuba diving" atas dasar minat yang mendalam juga tentang alam semulajadi. Perniagaannya yang semakin maju, membuatkan dirinya kurang meluangkan bersama isteri dan anak-anaknya. Akur dengan kehendak yang ada, beliau berhenti dari perniagaan tersebut dan memulakan kehidupan baru dengan mencari kerja yang sesuai supaya dia dapat meluangkan masa bersama keluarganya.

Permohonannya sebagai pembantu makmal dan juga juruteknik dalam sebuah makmal milik agensi kerajaan diterima. Skop kerjanya sebagai pembantu hanyalah untuk mencari kaedah pengujian untuk menembak elektron dalam tiub dengan tepat. Beberapa hari selepas bekerja, dia membuat mini makmal di rumahnya sendirinya. Dalam percubaan ujian yang dilakukan dirumahnya, Ralph telah berjaya membuat kaedah menembak elektron itu dengan tepat dengan hanya menggunakan magnet. Selain itu juga beliau berjaya mencari kaedah mengapungkan atau "levitation" bola pingpong dengan menggunakan konsep resonan yang terhasil dari gelombang bunyi dari speaker radio lama di rumahnya!

Dengan semangat yang membara, ditempat kerjanya Ralph memberitahu orang atasannya tentang penemuan-penemuannya. Malang! Penemuan dan kaedah yang beliau temui ditolak sama sekali oleh bosnya! Atas alasan, yang sebenarnya mereka di bayar untuk mencari jawapan supaya kaedah yang ditemui oleh Ralph tidak akan berlaku pekembangannya! Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut pengakuan Ralph Ring ini di dalam ucapannya dalam seminar-seminar yang dianjurkan oleh golongan akademik dalam laman Youtube. Salah satu seperti di bawah.

Akhirnya Ralph membuat keputusan berhenti di makmal tersebut dan menceritakan pengalamannya dan penemuannya pada rakan-rakan di kawasan rumahnya. Ada di antara mereka yang faham kehendak Ralph dan dalam masa yang sama juga mengetahui tentang aktviti Otis T Carr, telah memperkenalkan Ralph pada Otis T Carr. Pertemuan Ralph dengan Otis, akhirnya membawa sejarah yang bermakna pada mereka. Bermulalah pengalaman beliau bersama-sama dengan Otis T Carr dalam membangunkan OTC X-1 sebagai kapal piring terbang.
OTC X-1

Anda boleh memahami beberapa fakta dan perkara yang menarik tentang pengalaman beliau bersama Otis T Carr dalam memandu sendiri Kapal Piring Terbang tersebut. Kisah bagaimana operasi mereka dihalang dan dihentikan oleh kerajaan Amerika Syarikat melalui agensi-agensi tertentu juga boleh anda dapati dari video-video di bawah. Selepas anda tonton siri video ucapan dan temubual bersama beliau di dalam youtube, anda akan mengetahui:-

1. Teknologi UFO atau kapal piring terbang ini memang sebenarnya wujud dan ada manusia yang dah berjaya melakukannya.
2. "MEN IN BLACK" atau MIB, agensi ini memang wujud tetapi lebih pada kegiatan menghalang dari pekembangan teknologi ini wujud.
3. Tenaga percuma yang lebih berkesan adalah tenaga dari kristal. "CRYSTAL Energy".
4. Teori material sememangnya tidak wujud. Yang wujud hanyalah tenaga dan kita berada dalam lautan tenaga yang terikat dengan Matrik!
5. Tenaga percuma atau "Free Energy" dalam konsep "ZERO POINT ENERGY" sememangnya ada disekeliling kita yang dapat menjana kehidupan kita tanpa perlu membayar! Kita hanya perlu keluarkan nilai kos pembuatannya sahaja selepas itu kita gunakan maksima dan percuma.
6. Penggunaan Magnet adalah cara paling ringkas dan murah untuk menjana tenaga elektrik percuma selain dari penggunaan kristal.
Aquamarine Crystal-gambar hiasan

http://www.bluestarenterprise.com
model OTC X-1 yang cuba dibangunkan semula

Dan persoalan yang akan anda dapati :-

1. Adakah teknologi UFO ini wujud dikalangan manusia sahaja atau makhluk asing @ alien?
2. Adakah tentera Nazi dizaman perang dunia ke 2 benar-benar mempunyai teknologi UFO ini? Kalau mereka miliki, milik siapa?

3. Ke mana kah hilangnya saintis-saintis nazi yang terlibat dalam projek teknologi "zero point energy" ini menghilang?
4. Apakah kaitan projek "Paper Clips" dengan UFO yang kelihatan?

Video temubual bersama beliau tentang pengakuannya memandu sendiri OTC X-1


Kini Ralph bersama isterinya masih bergiat aktif dalam mencipta semula kenderaan seperti UFO ini. Selain itu mereka juga sedang merekacipta rumah terapung yang boleh bergerak ke mana sahaja yang dikehendaki dengan menggunakan teknologi kristal! Anda boleh ikuti perkembangannya melalui laman webnya http://www.bluestarenterprise.com dan sekiranya anda berminat dan mempunyai kepakaran dalam kejuruteraan dan sains teknologi, anda boleh menghubungi beliau melalui laman webnya.

Sejauh mana benar kristal boleh menghasilkan tenaga yang hebat hingga ke tahap "zero point energy"? Dan apakah kaitan batu-batu kristal yang ada dikeliling piramid Malaysia yang masih lagi dirahsiakan? Atau sebagai ikon cerita imaginasi seperti superman?
http://militaryofmalaysia.net


Read more...

Wednesday 16 October 2013

FINANCIAL ARMAGEDDON - KEJATUHAN USA dan " PEMIKIRAN STRATEGIK MELAYU - ADDP"- BAHAGIAN 1

 

Sedang saya meniliti beberapa fakta tentang "financial armageddon', saya teruja dengan membaca beberapa komen dalam blog MILITARY OF MALAYSIA  yang kalau diamati seperti ada sesuatu RAHSIA atau fakta yang kurang kita ketahui tentang apa yang berlaku sejak kebelakangan ini di negara kita seperti lawatan Perdana Menteri Kanada, Perdana Menteri China dan terbaru lawatan Perdana Menteri Malaysia DSN ke negara Amerika Syarikat. Berikut beberapa komen yang saya kira menarik untuk dikongsi bersama :-

At 2013.10.11 22:07, akudtgdrpantek said:

PEMIKIRAN STRATEGIK “MELAYU” akudtgdrpantek @ ADDP…heheee
KHAS buek kalian semuo yg sibuk sesangat masa dan ruang hidup duniawinya hingga tiada masa utk memikirkan tentang masalah sebenar dirinya dan masalah sebenar bangsa MELAYU-nya sendiri…!

KERAJAAN USA tak cukup duit skrg utk mentadbir kerajaannya pasal duit Yahudi Rothschild di bank dunia dan yg sespesis dgnnya, yg selama ini diguna pakai, sudah tidak dapat membantu usa dan empayer yahudi british sedunia serta sekutunya lagi. Senat/Kongres Yahudi “tolak” usaha saudara obama nak pinjam duit dari Grand Master ii @ org MELAYU kita.? Pasal tu kena tutup agensi kerajaan mereka? Kita tengok je la berapa lama EGO kaum yahudi ni dpt bertahan. Tak lama aje lg usa dgn sekutunya akan menjadi milik Grand Master ii @ org MELAYU kita dlm semua perkara termasuklah perkara SISTEM TEKNOLOGI KETENTERAAN? Dan MALAYsia lepas tu akan “memiliki” semua kemahiran usa dan sekutunya, dan memajukannya lg ke tahap lebih canggeh lg dr usa dan sekutunya buat skrg ni? Kerana “ahli saintis” mereka yg memerlukan sara hidup diri dan keluarga akan bekerja di MALAYsia dan nusantara di bawah kuasa Grand Master ii @ orang MELAYU MALAYsia ini ! Sptmana china, rusia dan uk yg diarah oleh Grand Master ii sekarang ini supaya membantu menjadikan MALAYsia sebagai negara MAJU dlm semua bidang skrg ni menjelang 2020? Utk jadikan MALAYsia sebagai “super power dunia baru” kali ni? Apo? Macam atlantis dulu? Apo? Lobih laieee? PBB tu kito tukar dia punya piagam yg tak betul tu “selepas” selesai kito “ikat” empayer yahudi inggeris sedunia dan sekutunya dgn hutang dr Grand Master ii @ orang MELAYU pulak.? Bezanya kita tak suka perang dan tak suko nak aniaya orang

DANA BARU” haruslah sistem yg menguruskan dana itu pun baru di dalam Bank Dunia. Sistem pengurusan dana lama milik kumpulan yahudi rothschild yg dibangunkan oleh mereka sebelum ini, tidak lagi diguna pakai oleh pemilik Dana Baru Dunia Kumpulan Kewangan Grand Master ii @ orang MELAYU. Ianya ditukar “mungkin” krn faktor “penyelewengan” penyaluran dana ke akaun “tertentu” berlaku sebelum ini. Maka itu dibangunkan sistem pengurusan dan penyaluran dana yg baru utk DANA BARU DUNIA milik Kumpulan Kewangan Grand Master ii @ Orang MELAYU MALAYsia ! Sistem dana baru dunia ini dibangunkan dgn mengguna pakai dana yg di bawah tadbir Grand Master ii @ orang MELAYU. Ini bermakna sistem dana baru dunia kali ini adalah di bawah kawalan dan arahan dari Grand Master ii sebagai “pemilik dan ketua pemimpin” bagi sekelian pemimpin di dlm Kumpulan Grand Master ii tersebut. Gelaran lainnya ialah sebagai “KHALIFAH” umat manusia sedunia! Digelar juga selama ini oleh umat manusia se dunia sebagai Imam Mahdi Muntazar@Sang Avatar@Hero MALAYA@Sang Penyelamat bangsa Yahudi dan Nasrani@Ratu Adil dan berbagai nama lain lg! Ringkasnya ialah dunia tetap mengguna pakai Sistem Rumah Bank Dunia tersebut dan bukannya dihapuskan sepertimana cherita cherita yg ada di luar sana selama ini. Hinggalah nanti didatangkan Tuhan “perubahan” yg amat besar ke atas muka bumi seluruhnya! Selepas itu barulah umat manusia seluruhnya dibina dgn satu sistem hidup yg baru [Arahan Dunia Baru] oleh sekelompok kecil manusia di “belakang tabir” yg dipilih RABB semesta alam dari kalangan mereka yg sudah bertemu wajah dengan-NYA, sepertimana Grand Master ii @ orang MELAYU kita itu !


Sebenarnya kita sedang tumbangkan satu persatu rangkaian bank bank utama dunia milik keluarga yahudi rothschild itu yg berkuasa ke atas negara negara di dunia (PBB) selama ini!…lepas tu barulah kita boleh ambil alih memimpin (oleh “para” imam mahdi!!!) pentadbiran negara negara dunia (PBB) termasuklah malaysia ini!…buktinya skrg ini cuba lihat kpd carta top 20 bank bank utama dunia (Top 20 World Prime Bank) berdasarkan kpd saiz aset semasa, jgn terperanjat kerana MAYBANK (MELAYU bank) berada di tangga ke 13 dunia!!!…di manakah kedudukan bank bank utama yahudi yg dibanggakan selama ini oleh kita di dlm carta tersebut?

PEMIKIRAN STRATEGIK “MELAYU” akudtgdrpantek @ ADDP…heheee
KHAS buek kalian semuo yg sibuk sesangat masa dan ruang hidup duniawinya hingga tiada masa utk memikirkan tentang masalah sebenar dirinya dan masalah sebenar bangsa MELAYU-nya sendiri…!

KEPADA bangsa dan keturunan MELAYU seluruhnya, kalau boleh gunakanlah bahasa MELAYU kita sepenuhnya, lebih lebih lagi di dalam negeri MELAYU kita ini. Negara luar sudah tahu tentang kekayaan orang MELAYU kita @ Grand Master ii. Mereka sudah mula berminat mahu bertutur bahasa MELAYU kita kerana mereka tahu orang MELAYU kita sekarang yg memegang kuasa kewangan dan ekonomi dunia utk alaf baru kali ini dan bukan lagi bangsa inggeris dgn bahasa inggerisnya! Sebelum ini bahasa inggeris menjadi bahasa ilmu dan pengetahuan, politik, kewangan, ekonomi dan masyarakat sedunia ialah kerana waktu itu mereka lah yg memegang kuasa kewangan dan ekonomi dunia melalui saluran kewangan dari kumpulan kewangan yahudi rothschild! Takkanlah kita yg sudah diberi tuhan kuasa itu maseh lg tidak mahu mendaulatkan bahasa dan agama MELAYU kita di pentas DUNIA? Tolong fikirkan perkara ini! Heheee

SEJARAH bangsa MELAYU yg sebenar sudah berkurun lamanya diubah dan disembunyikan oleh yahudi dan sekutunya! Kita sebenarnya tdk memerlukan pun kedatangan ahli2 sufi berbangsa arab atau dr timur tengah itu! Kita ini sebenarnya bukan satu bangsa yg baru nak mengenal tuhan tapi kita satu bangsa yg sudah berkurun lama mengenal tuhan yg esa itu jauh sblm mereka dtg ke sini lg! Yg mereka bawa sebenarnya ialah peraturan baru hidup di dunia@new world order lah gitu mcm skrg ni! Org melayu sebenarnya sudah lama mengenal dgn “cahaya” itu yg dinamakan oleh org arab sebagai nur muhd! Biasalah hidup di dunia ini sebenarnya utk menunjuk nunjuk kononnya sesuatu bangsa itu lebih tahu dr bangsa yg lainnya. Masing masing kononnya nak menjajah fikiran dan perasaan antara satu dgn yg lainnya! Itu lah dunia! Pada aku bangsa MELAYU ialah bangsa manusia terbaik berbanding yg lainnya pasal kita ini punya adab sopan santun budi pekerti yg mulia serta adat, hingga menarik hati ahli2 ketuhanan [nabi] tertinggi ke sini!



Untuk lanjutan anda boleh melayari website 

http://madahselokaaddp.blogspot.com


Sejauh mana kebenaran komen tersebut, anda nilaikan sendiri.

rf: aku puashati hu hu hu komen mcm ni.



Read more...

Tuesday 15 October 2013

SALAM AIDIL ADHA 1434H DAN "KepadaMU Kekasih"


Salam AIDILADHA buat semua muslim di dunia khasnya di MALAYSIA. Semoga aidiladha kali ini memberi lebih pengertian.

LAGU KEPADAMU KEKASIH - M NASIR

Read more...

Monday 7 October 2013

HIKMAH : SATU JAWAPAN UNTUK 3 PERSOALAN !!!


Al kisah.....disebuah kampung yang tidak diberikan nama. Ajol seorang pemuda baru sahaja pulang dari perantauan. Merantau Ajol ke negeri orang untuk mencari erti kehidupan dan ilmu ketuhanan. Setelah cukup pada peringkat awal pengajiannya, pulanglah Ajol ke kampung tercinta.

Setelah beberapa hari Ajol berehat dirumah, teringatlah Ajol akan sahabatnya Baba yang juga seorang pemuda yang sentiasa mencari erti kehidupan dan erti ketuhanan. Maka teruslah Ajol ke rumah Baba. Sesampai di rumah Baba, disambutlah kedatangan Ajol itu dengan penuh rasa gembira dan hormat. Berbuallah mereka berdua kisah-kisah lama sambil meminum kopi. Tiba-tiba terkeluarlah persoalan yang mencabar dan berat dari mulut Baba kepada Ajol.
gambar hiasan
Dialognya...

Baba : Kau ni kiranya dah banyaklah perkara yang tahu tentang erti kehidupan dan ketuhanan kan kan?
Ajol : Lebih kuranglah...macam tulah....
Baba : Aku ada beberapa soalan lah Ajol...yang sentiasa bermain di benak aku?
Ajol : Ha apa dia? Cer cerita....(menawarkan diri untuk menjawab)
Baba : Soalan pertama aku...yang kita tahu Iblis diciptakan Tuhan dari api kan...neraka pun dari apikan...kan kan...kalau iblis masuk neraka.....api dengan api leh ke rasa panas? 
Soalan kedua aku....Kalau Tuhan tu ada di mana dia? dan soalan ketiga aku....Apa itu takdir?
"Ok gini.....bla...bla...bla....bla..." dijawablah oleh Ajol persoalan tadi dengan tenang serta penuh huraian. Huraian demi huraian, keterangan demi keterangan diberikan pada Baba tentang persoalan tadi. Tapi tetap tidak dapat memuaskan hati Baba tentang persoalannya. Akhirnya untuk mengelakkan perbalahan Ajol mengalah. "Beginilah persoalan kau tu tadi aku akan cuba rujuk pada mereka yang lebih arif dan alim(berilmu). Sedapat mungkin aku akan kembali pada kau untuk persoalan tu tadi" kata Ajol dengan merendah diri. 

Maka pulanglah Ajol dari rumah Baba. Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, teringat Ajol tentang tok Dali. Tok Dali, orang yang diketahui oleh Ajol yang tidak kurang juga ilmunya tentang perkara ketuhanan. Terus Ajol ke rumah Tok Dali. Disambutlah Tok Dali kedatangan Ajol itu dengan penuh mesra. Setelah bertanya khabar sesama mereka, Ajol terus sahaja kemukakan persoalan Baba tadi pada Tok Dali.

 "Entahlah tok saya dah jawab persoalannya tadi dengan penuh huraian. Tapi tetap tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan hatinya tok..." kata Ajol sambil mengadu. " Beginilah persoalan yang ada....adakalanya kita perlu jawab dengan bijak dan hikmah. Ginilah aku boleh jawab persoalan-persoalan tadi dengan syarat kau bawalah orang yang bertanyakan persoalan-persoalan itu(Baba) kepada aku. Tak adil sekiranya aku berikan jawapan itu sekarang pada kau. Sebabnya yang bertanya dia. Tapi kau pun perlu ada ketika aku menjawab 3 persoalannya agar kau juga mendapat jawapannya dengan penuh hikmah" permintaan Tok Dali pada Ajol. "Setuju Tok...esok pagi saya akan ke mari bersama dengan Baba"...dengan penuh gembira dan semangat Ajol memberi persetujuannya. Terus Ajol keluar dari rumah Tok Dali.

Sebelum pulang kerumah, Ajol singgah semula kerumah Baba. "Baba....baba...aku dah dapat jumpa orang yang akan menjawab persoalan kau. Tapi orang ini minta aku dengan kau datang ke rumahnya pagi esok", tercunggap-cunggap Ajol menyampaikan berita gembira buat Baba. " Baik pagi-pagi esok aku akan bersedia untuk kedatangan kau sebelum kita ke sana", Baba memberi persetujuan pada Ajol.

Esoknya.....

gambar hiasan

Berjalanlah Ajol dan Baba ke rumah Tok Dali. Setelah salam diberi, disambutlah dengan hati yang terbuka oleh Tok Dali kehadiran mereka yang telah diduga. Dipelawanya Tok Dali akan kedatangan mereka duduk diserambi rumahnya. Sambil duduk diserambi, Tok Dali menjamu mereka berdua dengan secawan kopi setiap seorang  mereka bertiga dan ubikayu rebus bersama sambal ikan bilis. Itu sahaja yang mampu Tok Dali persembahkan pada mereka tapi yang penting keikhlasan Tok Dali menyambut kedatangan mereka. Bersantaplah mereka bertiga sambil berbual-bual kisah kampung mereka sebelum Tok Dali menjawab 3 persoalan yang diberikan oleh Baba. Setelah selesai makan. Tok Dali pun bertanya...

"Apa benar orang ini yang tanyakan 3 persoalan yang kau kemukakan pada aku semalam?" tanya Tok Dali pada Ajol. "Ya benar tok, Baba inilah yang menanyakan 3 persoalan tu", jawab Ajol dengan penuh santun."Apa benar kau tanya 3 persoalan yang tidak dapat di jawab oleh Ajol?"tanya Tok Dali pada empunya diri, Baba."Ya benar tok.....sudah gharu cendana pula....sudah tahu bertanya pula tok ni...."jawab Baba sambil berpantun. "Makan ikan sepat sambil berdayung ke tasik chini....marilah rapat duduk dihadapan tok di sini...." jawab Tok Dali sambil berpantun dan pelawa Baba untuk duduk dihadapannya. Adat melayu madah seloka tetap tidak dilupakan.

Mengesotlah Baba tanpa membantah duduk dihadapan Tok Dali. Begitulah melayu biadapnya tetap bersopan. 

gambar hiasan

Tiba-tiba........"DUSHH!!!!!!!" satu penampar dari tangan Tok Dali hinggap di muka Baba. Terpingga-pingga Ajol melihat perbuatan Tok Dali terhadap Baba. Baba pula terkujat tanpa berkata apa-apa sambil menahan sakit penampar Tok Dali. "Itulah jawapan untuk 3 persoalan yang kau kemukakan", kata Tok Dali pada Baba sambil memandang pada Ajol.

"Sekarang aku jelaskan pada kau Baba tentang penampar aku ke mukamu" jelas Tok Dali pada Baba. "Soalan pertama kau tentang Iblis yang dihumban kedalam neraka sedangkan unsur yang sama iaitu api dengan api...dapatkah Iblis rasa panas? sekarang aku jawap persoalanmu....aku dari tanah kau dari tanah seperti yang kau ketahui....ketika penampar aku sampai ke muka kau...dapatkah kau merasakan sakit itu?" jawapan Tok Dali sambil menyoal Baba kembali tentang soalan pertama. "Sakit Tok" jawab Baba dengan nada yang perlahan sambil terketar-ketar menahan sakit. "Soalan kedua kau....di mana Tuhan berada? Ketika penampar aku sampai ke muka kau...sakit yang kau rasakan dipipimu...tapi dari mana datang RASA sakit itu?" jawapan dan soalan tok dali tentang persoalan kedua Baba. "Di pipi tok...dan di dalam hati", jawab Baba. "Soalan ketiga kau tanya apa itu takdir? Ketika kau keluar melangkah dari rumah kau berjalan bersama Ajol ke rumah aku, sudahkah kau ketahui yang kau akan kena penampar di muka dengan aku pada pagi-pagi ini dirumah aku?",tanya Tok Dali pada Baba untuk persolan ketiganya. "Nak datang ke rumah tok saya tahu lah dari semalam...tapi tak tahulah pulak nak kena tampar dengan tok pagi-pagi ini dirumah tok....."jawab Baba dengan nada yang lemah.


"Dapat tak kau faham macam mana nak jawab dengan hikmah...Ajol?", tanya Tok Dali sambil memandang Ajol. "Fahammmm.........kih....kih.......kih......fahammm...tok......kih.....kih....kih....."sambil berguling-guling diserambi dengan nafas yang tersekat-sekat tidak dapat menahan ketawa mendengar jawapan Tok Dali yang memberi penampar ke muka Baba tadi dan melihat muka Baba memahami 3 persoalan yang dikemukakan. Tamat. Nukilan rasa Arya Teja.

RF: Setiap apa yang berlaku didunia ini penuh dengan hikmah. Pada awal ketika mungkin kita tidak nampak Hikmahnya tetapi bila masa berlalu kita akan merasa lega dan syukur dengan hikmah yang ada. Dia Maha Kaya Lagi Maha Mengetahui....Amin.


Jom santai dengan lagu M Nasir - Secangkir Kopi Semanis Puan



Read more...

Thursday 3 October 2013

ULANG SIAR: REZEKI Bukan Manusia Yang Tentukan - WAJIB BACA !!!


"Kau x keje lg? kau grad setahun awal dari aku kan.."

"belajar tinggi-tinggi, pakai kete sama je macam aku yang belaja setakat sijil ni.."
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

"gaji besar tapi aku lagi mewah..ape la kau ni.."

"kau ni bila nak kawin? tengok aku dah masuk anak kedua. kite sebaya kan.."

"aku kawin kemudian dari kau, tapi aku beranak dulu. kau xnak anak ke.."

==========================

Biasa tak dengar ayat-ayat di atas? Mengapa perlu kita bertanya soalan-soalan sebegitu? Adakah si penjawab tahu apa yang akan terjadi dalam hidup dia? Siapa tahu masalah di sebalik setiap yang berlaku pada si penjawab? Mungkin dia sedang menjaga kedua ibu bapanya yang sakit. maka sebab itu dia masih tidak bekerja. Mungkin dia sedang membantu adik-adiknya meneruskan pelajaran. maka sebab itu dia berkereta dan berbelanja setaraf orang yang sederhana hidupnya walau gajinya jauh lebih tinggi.

Mungkin dia sedang melawan penyakit yang memungkinkan dia tidak mampu beroleh anak, maka sebab itu dia tangguhkan niat untuk memiliki anak.

==========================

Buat si penjawab yang menghadapi soalan sebegini, tenanglah. Jangan bersedih. 


Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia telah mengatur setiap sesuatu dengan bijaksana. Mungkin kita memiliki rezeki yang sedikit berbanding orang yang memiliki rezeki yang lebih banyak dari kita. Jangan bersedih kerana rezeki itu luas pandangannya. Mungkin agak kasar pandangan ini, tapi sebagai manusia, perbandingan juga kadang-kala boleh memberi kekuatan dalam melawan nafsu dan bisikan syaitan terutama bagi orang yang lemah imannya.

Ingatlah,mungkin kamu tidak bergaji besar, tapi kamu mungkin memperoleh kebahagiaan yang lebih. Mungkin kamu berkereta sama seperti mereka yang bergaji lebih kecil dari kamu, tapi mungkin kereta kamu tidak banyak mempunyai masalah berbanding kereta mereka. 

Mungkin kamu lewat mendapat jodoh, tapi mungkin juga hubunganmu dengan jodohmu itu lebih panjang. Mungkin juga kamu lewat mendapat anak, tapi mungkin juga anakmu itu lebih membawa kegembiraan satu hari nanti. Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian, dan mengurangkan kamu di satu bahagian. Tapi Allah juga melebihkan kamu di satu bahagian lain, dan mengurangi seseorang itu dengan satu bahagian lain. Itulah keadilan Allah yang sering kita lupakan lantaran sering melihat kelebihan orang lain dan melupakan kelebihan yang Allah berikan pada diri sendiri.

Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil, dia memberikan kamu apa yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu inginkan. Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing-masing. Di saat kamu di lontarkan soalan sebegini, atau di saat jiwa kamu sendiri yang bertanyakannya, pejamlah matamu.. Tarik dan hembus nafas perlahan-lahan sehingga kamu beroleh kusyuk lalu sebutlah Allah.. Allah.. Insyaallah kamu akan tenang. Jika orang yang bertanya berada di hadapanmu, jawablah Allah lebih mengetahui segala perancangan untuk hambanya. ~ Dipetik dari Abdul Raouf Jesperi

Dari http://www.queachmad.com link artikel KLIK

Read more...

Wednesday 2 October 2013

Gambar 3D Yang Bergerak-Gerak Yang Sangat Menarik!!!!



Saksikan gambar-gambar 3d yang bergerak-gerak yang direka oleh Dain Fagerholm. 7 gambar semuanya.






Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pasang Iklan Baris Dan Banner Di Setiap Posting Di dalam Blog Ini Dengan Hanya RM30 Sebulan. Hubungi admin...e-mail: aryatejajowo@gmail.com

TERKINI DALAM BLOG

POPULAR DALAM BLOG INI

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP