RAKAN-RAKAN BLOGGER





Showing posts with label BUAT SENDIRI. Show all posts
Showing posts with label BUAT SENDIRI. Show all posts

Sunday, 13 July 2014

Resepi Berbuka Puasa : UDANG GORENG MENTEGA

gambar hiasan

Apa kata hari ini kita buat menu yang mudah tapi menarik untuk berbuka puasa.
Menu kali adalah Udang Goreng Mentega, mudah dan sangat ringkas. Tengok warna udang pun dah terliur kalau masa berpuasa ni. Nampak!!!!....Bagi yang suka makanan laut @ seafood, anda boleh mencuba dan hidangkan kepada keluarga tersayang! Selamat mencuba! 

Bahan-bahan: 
250 gm udang besar
15 biji telur (ambil kuning sahaja)
15 gm cili padi
20 gm daun kari
500 gm mentega
1 sudu sos tiram
Tepung beras secukupnya
Sedikit susu cair
Garam secukup rasa


Cara Membuat: 
·         Udang diperap dengan susu cair, garam dan sos tiram. Kemudian gaul dengan tepung beras lalu digoreng. Ketepikan.
·         Campurkan mentega dan minyak masak. Apabila minyak panas, masukkan kuning telur dan kacau.
·         Setelah telur separuh garing, masukkan daun kari, cili padi dan serbuk perasa.
·         Curahkan minyak berserta bahan-bahan yang digoreng ke atas udang.

Selamat mencuba.

resepi lain berkaitan masak udang 

http://revolusifikiran.blogspot.com/2013/02/resepi-kerutup-udang.html

Pesanan....selepas makan udang macam ini elakkan minum air oren jus atau apa - apa air jus. Dikhuatiri menjadi arsenik.

http://diariibuwafiq.blogspot.com/2012/01/vitamin-c-udang-mati-meracun-diri.html

Read more...

Saturday, 16 February 2013

RESEPI : Padat Dan Ringkas - Lempeng Kelapa

Resepi Lempeng Kelapa



Bahan-bahan adunan:

1 cawan tepung gandum
3 sudu besar santan kelapa
1 cawan kelapa parut muda

3 sudu besar susu cair
1 ½ cawan air
½ sudu garam
½ sudu gula

1 sudu teh tepung penaik
Beberapa helai daun pandan(digunakan untuk melicinkan kuali dengan minyak agar aroma naik)

Cara penyediaan:


Campur kesemua bahan-bahan tersebut kecuali daun pandan. Adunkan dengan rata. Biarkan selama 15minit. Gunakan kuali leper. Kalau takde, kuali biasa pun boleh juga. Celup daun pandan tadi dengan minyak masak dan ratakan di kuali tadi. Taburkan adunan tadi di atas kuali leper dan ratakan. Biarkan sampai garing. Siap untuk di makan.


Sediakan lempeng tadi dengan kelapa parut muda. Kalau ada sambal....lagi kelas.


SELAMAT MENCUBA



Jana Pendapatan RM50-RM100 Sehari Terus Ke Akaun Bank Anda Dengan Sistem Dan Produk Yang Berkesan===>>KLIK DISINI

Read more...

Sunday, 10 February 2013

Origami - Seni Melipat Duit




Perkataan ORIGAMI berasal dari Jepun yang bermaksud seni melipat kertas. Salah seorang Individu yang terkenal dalam seni melipat kertas ini hingga digelar MASTER ORIGAMI ialah Won Park. Saksikan 15 gambar-gambar Origami menggunakan duit US Dollar oleh Master Origami - Won Park.















Read more...

RESEPI : Roti Jala Dengan TIPS "Taktik Korea" Untuk Sarapan Pagi Ahad


Apakata pagi-pagi Ahad sempena cuti panjang ni kita cuba resepi yang ringkas tapi berbaloi untuk dibuat makan bersama-sama keluarga. Resepinya roti jala....memang resepi ni dah biasa tapi ada penambahan tips "taktik korea" di akhir perenggan resepi ni nanti. Jom cuba....



Bahan-Bahan

3 cawan tepung gandung
3 cawan air
1 biji telur
Nak sedap lagi boleh tambah susu cair
Garam & gula secukup rasa
Serbuk kunyit ~ hujung sudu

Cara-cara

1. Masukkan 3 cawan air kedalam pengisar@blender. Masukan susu cair sekiranya perlu. Kisarkan sebentar.
2. Pecahkan telur, masukkan garam, gula & sedikit serbuk kunyit sekadar 
memberi warna. Kisarkan.
3. Cuba adunan dengan pengibar roti jala ke atas kuali. Jika menitik-nitik bermaksud
adunan pekat. Tambahkan sedikit air. Jika adunan kembang bermakna adunan cair.
Tambahkan sedikit tepung dan kisarkan semula.
4. Setelah berpuas hati dengan adunan, sapukan minyak ke atas kuali leper.
Kirai adunan menggunakan acuan roti jala. Bila kelihatan sudah masak dan roti jala 
sedikit terangkat terus lipatkan dengan menjadi 1/4 menggunakan sudip dan angkat.
5. Hidangkan bersama kuah kari. 

TIPS:-

Kalau tak sempat nak buat kuah kari, bolehlah beli di kedai-kedai mamak berhampiran. Taktik "Korea" juga boleh digunakan sebagai contoh...belilah roticanai sebanyak 3 keping dan bungkus pastu pesan lah di kedai yang anda beli tu...bungkuskan kuah kari lebih-lebih skit. Kan cantik roti jala ada roti canai pun ada.

Selamat mencuba..!


Read more...

Sunday, 3 February 2013

RESEPI : Kerutup Udang



BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg udang galah (atau udang bersaiz besar)
400 ml pati santan
160 ml sos tomato
2 camca besar kerisik
2 camca teh gula melaka
Garam secukup rasa

A...
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 camca besar cili kisar
1/2 biji bawang besar

B...
4 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

C...
3 cm kayu manis
2 kelopak bunga lawang
2 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca besar ketumbar


CARA MEMBUATNYA :-)

1.       Udang dibersihkan, buang kotoran dikepala, cuci, toskan. Lumur dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng hingga udang kemerahan. Angkat dan toskan. Kisar halus bahan2 "A". Masukkan bahan2 "C" ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus rempah tadi (gunakan pengisar kering). Ketepikan.
2.       Panaskan lebih kurang 100 ml minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga wangi, masukkan bahan "A" (yang kisar halus) dan tumis hingga harum. Tambah bahan "C" (rempah kisar kering), kacau rata dan masak hingga naik bau.
3.       Tambah, sos tomato, gula melaka dan pati santan, kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana. Tambah kerisik, masukkan udang, gaul rata. Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh alih ke dalam bekas sesuai.
4.       Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan jika suka....Sedapppp!!

Read more...

Sunday, 27 January 2013

PETUA - Meredakan Batuk Dan Juga Membuang Kahak


Petua ini telah diamalkan oleh beberapa orang dan cara atau petua yang berkesan menghilangkan batuk.

Bahan - bahan :-


1. Oren
2. Garam

Cara - cara

Potong oren menjadi 2 bahagian. Letakkan satu sudu teh garam dalam bahagian bawah oren tadi. Letakkan kembali bahagian atas. Panaskan dengan "stim" selama 10 minit. Makan isi oren yang di bahagian bawah dan juga jusnya. Rasa memang kurang enak tapi ianya menyembuhkan batu anda. 







Read more...

Resepi : Asam Pedas Ala Baba N Nyonya


Resepi Asam pedas ala nyonya...

Langkah no 1 (BAHAN NO 1)

1) 1 biji bawang besar

2) 2 ulas bawang putih

3) segengam cili kering

4) setengah (ibu jari) kunyit hidup

Nota : cili kering direndam dengan air panas dulu sehingga lembut.
            kemudian blend semua no 1 - 4



Langkah ke 2 (BAHAN NO 2)

Pilihan - Ayam/ikan tenggiri/ikan merah/daging

setengah (ibu jari ) halia

2 tangkai daun kesum (ambik daun saja)

2 kuntum bunga kantan (di potong 2)

2 biji tomato size sederhana (di potong 2) - taknak masuk tomato pun buleh

6 biji sayur bende

Langkah ke 3

Pilihan - Ayam/ikan tenggiri/ikan merah/daging

minyak masak

setengah mangkuk air asam jawa


 Langkah ke 4 - (Cara- cara memasak)

1)  Panaskan sesenduk minyak masak kedalam periuk, kemudian masukkan
(BAHAN NO 1) kacau
     sehingga naik bau (api sederhana) kemudian masukkan setengah mangkuk air asam jawa.

2 ) Masukkan ayam (setengah ekor coz 2 org je nak mkan kann...di potong kecil)

3) biarkan dalam 15 minit (api perlahan)

4) kemudian masuk kan semua bahan
(BAHAN NO 2)
biarkan selama 3 minit.

4) Siap di hidang....

 SELAMAT MENCUBA!!!!!

Read more...

Saturday, 26 January 2013

Cara - cara murah dan mudah membanteras nyamuk!

Nyamuk cukup mengganggu dan sangat berbahaya sebagai penyebar berbagai penyakit yang boleh memudaratkan. Pembunuh serangga di pasaran adakalanya kurang berkesan bahkan membawa kesan sampingan yang agak serius. 

Berikut ini cara MUDAH dan MURAH yang boleh dicuba. Sesuai untuk semua keadaan seperti kediaman rumah, sekolah, rumah sakit dan kawasan-kawasan yang dikenalpasti banyak nyamuk.


Bahan-bahan yang diperlukan :-

1.  200 ml air 
2. 50 gram gula merah 
3. 1 gram ragi (boleh didapati dipasaraya, kedai runcit atau pasar) 
4. Botol plastik 1.5 liter 
5. Pastik hitam atau pembalut berwarna hitam

Langkah-langkah pembuatan 

1. Potong botol plastik di tengah-tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol. 




2. Campur gula merah dengan air panas dan kacau. Biarkan hingga sejuk dan kemudian tuangkan ke dalam  bahagian bawah potong botol tadi.



3. Tambahkan ragi dan biarkan. Jangan dikacau atau larutkan ragi tersebut. Ini akan menghasilkan karbon-dioksida. 



4. Pasang/masukkan potongan botol bahagian atas tadi dengan posisi terbalik seperti corong. 



5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam kecuali bagian atas. Plastik sampah atau palastik semaian pokok boleh digunakan dan diletakkan di beberapa sudut rumah anda.. 



Dalam dua minggu,anda akan melihat banyaknya jumlah nyamuk yang mati di dalam botol. 



SELAMAT MENCUBA!!!!

Read more...

Wednesday, 12 December 2012

Akibat Gila Kereta

Ni orang yang terlalu fanatik pasal kete. Tapi fanatik yang kreatif.








Read more...

Resepi : Daging Rebus Butter & Kicap


Daging Rebus Butter & Kicap

1 kg daging fillet
1/4 cawan kicap pekat
1/4 cawan kicap cair
1 sb lada hitam
5 ulas bawang putih
1/3 ketul butter
6 cawan air

Cara:

1.Daging dipotong kepada dua atau tiga sahaja dan dibersihkan.
2.Tumbuk lada hitam dan bawang putih.
3.Letak semua kicap, daging, bawang putih dan lada hitam dalam periok.
4.Gaul daging dengan bahan2 tadi dan biarkan dalam 1/2 jam. (marinate)
5.Tambah air dan butter ke dalam periok dan rebus dengan api sederhana hingga daging empuk.
6.Jangan lupa balik2 kan daging supaya mesra semua bahagian.
7.Keluarkan daging dan potong nipis-nipis dan susun dalam pinggan.
8.Jika mahu, pekatkan kuah dengan sedikit bancuhan tepung jagung.
9.Curah kuah atas daging dan sedia untuk dimakan dengan nasi.

Note
: Tak payah bubuh garam,dah masin pun.Kicap tu anggaran saja, guna kicap pekat saja pun sedap juga.

Alternatively, boleh juga masukkan daging yang dihiris tu ke dalam kuah, kacau2 dan hidangkan

SELAMAT MENCUBA

Read more...

Cara-cara Membuat "TEDDY BEAR" Menggunakan Stokin

Ni mak-mak budak yang nak wat "teddy bear" nak bagi pada anak-anak korang boleh wat ikut cara-cara seperti yang ditunjukkan di bawah. kan best klu kita wat sendiri dan bagi pada anak2 kecik. Pasti dia simpan wat bantal busuk.

Ni bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan.

Mulakan langkah-langkah membuat teddy bear ikut dalam gambar











Dah siap. Selamat MENCUBA!!!

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pasang Iklan Baris Dan Banner Di Setiap Posting Di dalam Blog Ini Dengan Hanya RM30 Sebulan. Hubungi admin...e-mail: aryatejajowo@gmail.com

TERKINI DALAM BLOG

POPULAR DALAM BLOG INI

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP