Santai !!!! 5 Buah Pulau Yang Menarik Di Malaysia Untuk Di Lawati
Jom kita terjah khazanah di negara sendiri pula. "Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri". Diantara pulau-pulau yang menarik di sekeliling negara kita Malaysia, ada 5 buah pulau yang sangat disyorkan :-
1. Pulau Sipadan (Sabah)
Pulau yang terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah ini adalah antara pulau terindah di dunia dan popular dengan aktiviti selaman skuba. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh New 7 Wonders of Nature votes commitee, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009.
2- Pulau Tioman (Pahang)
Pulau Tioman yang berada di bawah pentadbiran negeri Pahang ini terletak di antara sempadan Pahang dan Johor. Pulau ini pernah tersenarai sebagai 10 pulau tercantik di dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hidup pulau yang menyeronokkan . Tapi yang peliknya untuk ke pulau tersebut, laluan paling popular adalah melalui Mersing, Johor.
0 comments:
Post a Comment