RAKAN-RAKAN BLOGGER

Thursday, 14 February 2013

Kisah Lucu!!!!! Kata Dulang Paku Serpih Mengata Orang Rupanya Dia Yang Lebih


Gambar hiasan tiada kena mengena dengan cerita ini

Tersebut lah kisah disebuah negeri yang tidak diketahui namanya. Di dalam sebuah kampung yang terpencil di dalam negeri tersebut, tinggallah beberapa orang nenek tua yang telah dikategorikan sebagai warga emas. Nek Jah, nek Semah dan nek Enon. Kehidupan mereka ini memang rukun damai. Hampir tiap-tiap hari sebelah petang, berkumpullah mereka bertiga. Berbual-bual kisah-kisah lama, kisah peribadi dan berbagai-bagai lagi hal yang menarik. Yelah, anak dah besar-besar dan kebetulan mereka bertiga adalah balu jadi memang banyak masa yang terluang.

 Gambar hiasan tiada kena mengena dengan cerita ini

Pada suatu petang bertandanglah nek Jah dan nek Semah ke rumah nek Enon. Mengikut usia, nek Jah baru saje mencapai umur 70tahun. Nek Semah sudah berusia 77 tahun. Tapi masih lagi kuat untuk berjalan tapi tidak seperti nek Enon yang sudah tidak berapa kuat untuk berjalan jauh dengan usianya mencapai 82tahun. Cepat letih kalau berjalan walaupun rumah nek jah dan semah sebelah menyebelah dengan rumahnya. Wajarlah nek  Jah dan Semah yang bertandang ke rumah nek Enon. Berbuallah mereka bertiga dirumah nek Enon di ruang serambi rumah papan itu.. Seperti biasa macam-macamlah cerita yang dibualkan.



 Hari pun makin senja....tiba -tiba nek Jah teringat nak balik ke rumah....maka bertanyalah nek Jah pada nek Semah dan nek Enon..."aku ni dah tua-tua ni kadang-kadang memang lupa....nak-nak bila masa macam ni....aku tak boleh nak bezakan aku keluar waktu pagi ke atau waktu petang ni...????"

"kah...kah...kah...'" kata-kata nek Jah disambut ketawa oleh nek Semah dan nek Enon.."teruk sangat ko ni Jah.....tengok aku ni....dah 77 tahun masih sihat lagi...tak nyayuk..dan masih kuat lagi berjalan..." sambil nek Semah berjalan menurun anak tangga rumah nek Enon tersebut. Terpingga-pingga nek Jah diherdik oleh nek Semah sambil diperhatikan oleh nek Enon yang masih tak berhenti ketawanya....

Tiba-tiba......nek Semah.....berdiri ditengah-tengah anak-anak tangga serambi rumah nek Enon tu...sambil berkata...."lah aku ni nak turun ke nak naik rumah ni....aku dah lupa..." terpingga-pingga nek Semah...sambil merasakan dirinya juga telah nyayuk.

"kah.....kah.....kah..."...derai ketawa dari nek Jah pula dan diikuti dengan nek Enon...."kwah....kwah...kwah"

Nek enon.....yang ketawa berdekah-dekah itu...pun berkata...."apalah teruknya nyayuk  korang ni ....muda lagi dari aku dah nyayuk....yang ko Jah tak tahu hari dah nak pagi ke dah nak senja.....yang ko pulak Semah...tak tahu nak turun ke nak naik rumah aku...."....sambil ketawa berdekah - dekah yang amat sangat sambil menepuk-nepuk dengan kuatnya lantai serambinya....tiba-tiba.....

"Ek eh....sape pulak... yang ketuk rumah aku...ni....??" kata nek Enon mendengarkan ketukan yang dia sendiri buat akibat ketawakan kawan-kawannya tadi.

Kisah dan tauladan - Jangan mengata orang 

Nyanyian Serambi- Ramli Sarip





Jana Pendapatan RM50-RM100 Sehari Terus Ke Akaun Bank Anda Dengan Sistem Dan Produk Yang Berkesan===>>KLIK DISINI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pasang Iklan Baris Dan Banner Di Setiap Posting Di dalam Blog Ini Dengan Hanya RM30 Sebulan. Hubungi admin...e-mail: aryatejajowo@gmail.com

ARKIB BLOG

TERKINI DALAM BLOG

POPULAR DALAM BLOG INI

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP