RAKAN-RAKAN BLOGGER





Saturday, 9 February 2013

Gambar-Gambar Air Pancutan Yang Menarik

Kreativiti manusia adakalanya tidak terhad dia atas kertas atau kanvas. Pelbagai rekaan yang akan di cipta oleh seseorang sebagai manifestasi idea dalam diri individu tersebut. Adakalanya rekaan itu tidak memberi keuntungan dan ianya hanya sekadar tontonan atau memenuhi perspektif mata yang berbeza. Saksikan beberapa gambar menarik tentang air terjun buatan yang menarik.


Air Pancutan ini terletak dalam kwasan kilang gelas kristal, Swarovski di Wattens, Austria. Air pancutan ini tereletak di dalam kawasan taman dan muzium kilang itu sendiri.


Seorang seniman bernama Klaus Weber yang memang dikenali sebagai "Fountain Artist", mereka air pancutan yang berkonsep mesra alam ini. Air pancutan ini akan mengeluarkan air dari mulut, telinga, mata dan juga jari-jari patung-patung ini. Air pancutan unik ini terletak di South Bank, London. 


Air pancutan yang dinamakan "Crown Fountain ini pula terletak di Chicago's Millennium Park di bandar Chicago in direka oleh Jaume Plensa dan telah beroperasi pada Julai 2004.


Air pancutan yang bertemakan pianoini telah direka dan diilhamkan oleh seorang pekerja Piano Works, pengedar piano terkemuka di Atlanta USA. Sebanyak 2,000 gelen air dikitar dalam masa 1/2 jam pada air pancutan ini.


Air pancutan "Canberra Times" ini pula diilhamkan oleh Robert Woodward ini, terletak di Ainslie Avenue, City Walk di Canberra, Australia. Air pancutan yang telah dibiayai oleh Majlis Bandaraya Canberra ini telah dibuat pada tahun 1979. Dengan ketinggian 5 meter dan dibuat menggunakan kelulu tahan karat dengan rekaan yang menarik, menjadi daya tarikan tersendiri di bandaraya tersebut.


Jambatan Banpo di Korea Selatan ini pasti menjadi tarikan pada orang ramai baik rakyat negara itu sendiri atau pelancong asing tidak lain tidak bukan hanya kerana air pancutan dari kiri kanan tepi jambatan itu sendiri yang berbentuk semburan. Yang menarik lagi, semburan air ini mengeluarkan warna-warna yang menarik yang memang ketara kelihatan ketika waktu malam. Sebanyak 9,380 lubang air di kiri kanan jambatan ini untuk membuat semburan berwarna-warni tersebut.


Air pancutan ini pula telah direka oleh pereka bentuk yang terkenal dari British sendiri iaitu William Pye yang terletak di Seaham Hall, Sunderland. Satu silinder khas digunakan untuk menyalurkan air pada permukaan dalam silinder itu sendiri untuk menghasilkan daya air yang berkitar dengan bercorak kuasa "vortex".


Air Pancutan yang berada di Aqualand, Sepanyol ini pula, agak pelik. Dari mana sumber air ini datang? Sebenarnya paip atau struktur yang menyokong paip besar itu sendiri yang menyalurkan air. Dan struktur itu tertutup dari pandangan mata disebabkan "turbulence" atau kederasan air itu sendiri.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pasang Iklan Baris Dan Banner Di Setiap Posting Di dalam Blog Ini Dengan Hanya RM30 Sebulan. Hubungi admin...e-mail: aryatejajowo@gmail.com

ARKIB BLOG

TERKINI DALAM BLOG

POPULAR DALAM BLOG INI

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP