RAKAN-RAKAN BLOGGER





Wednesday, 13 February 2013

Antara 9 Rekod Dunia Yang Menarik

 Joe Alexander dari Jerman memecahkan 24 batu konkrit yang disusun berlapis dengan memegang sebiji telur ayam tanpa mmecahkan telur ayam tersebut. Rekod sebelum dalam kategori yang sama adalah sebanyak 14 batu konkrit.

Joe Alexander juga memegang rekod dunia kerana menangkap 43 anak panah yang dituju kepadanya. Rekod anak panah yang ditangkap dipecahkan oleh beliau sebelum itu adalah sebanyak 36 anak panah.


Alistair Galpin dari New Zealand ini memegang rekod Guiness World dengan arca berbentuk bola ragbi yang dibuat dengan menggunakan 19,205 tudung botol dan mengambil masa selama 18bulan untuk membina arca tersebut 

Kucing jenis Maine Coon yang bernama Stewie yang berusia 5 tahun ini mencatatkan rekod sebagai kucing yang mempunyai badan paling panjang iaitu 48.5 inci dari hujung hidungnya hingga ke hujung ekornya.

 Labu Paling Berat Di Dunia. Labu yang mempunyai berat 1,810.5 paun ini di tanam di Wisconsin oleh Chris Stevens.

Hidung paling panjang yang pernah diukur dan dicatatkan adalah milik Mehmet Ozyurek dari Turki ini berukuran 8.8cm dan diukur dari dahi aras kening hingga hujung bawah hidung.

Melekatkan sebanyak 17  sudu-sudu dengan menggunakan daya magnet dari badan ini telah dibuat oleh Aaron Caissie dai negara Kanada.
 Memasukkan "straw" sebanyak 400 batang dan berjaya menahan selama 10 saat, rekod ini dipegang oleh Simon Elmore dari Jerman 

Stephen Parkes dari United kingdom ini pula berbeza caranya mendapat rekod. Beliau memegang rekod sebagai individu yang banyak menyimpan koleksi patung-patung smurf iaitu sebanyak 1,061 patung smurf. Koleksi ini disimpan sejak kanak-kanak lagi.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pasang Iklan Baris Dan Banner Di Setiap Posting Di dalam Blog Ini Dengan Hanya RM30 Sebulan. Hubungi admin...e-mail: aryatejajowo@gmail.com

ARKIB BLOG

TERKINI DALAM BLOG

POPULAR DALAM BLOG INI

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP