RAKAN-RAKAN BLOGGER

Monday, 18 February 2013

BINA IMPIAN!!! Jom Intai Sebuah Villa Mewah - VILLA COLANI


Villa mewah yang tersergam di sebuah bukit yang berada di lokasi Nova Santa Ponsa di negara "Matador" Sepanyol ini telah direka dan dimiliki oleh seorang arkitek yang bernama  Luigi Colani dari negara Jerman. Villa yang diberi nama Villa Colani ini dibina di atas sebidang tanah yang berkeluasan 10,700 kaki persegi. Dengan harga USD28 juta, villa ini dilengkapi dengan lanskap yang menarik, rekabentuk dalaman yang mewah dan beberapa ciri-ciri yang lain, yang dapat anda saksikan melalui gambar-gambar di bawah.

Antara pemandangan yang menarik yang dapat dilihat dari bukit tersergam villa mewah ini melalui salah satu balkoni mewahnya ialah lautan yang membiru selain berhadapan dengan pulau Malgrats yang terkenal di Sepanyol. Terdapat sejumlah 60 paun emas 24 karat yang disadur pada tempat tertentu di dalam villa mewah ini seperti bingkai-bingkai lukisannya, bingkai cermin di dalam bilik air, kepala-kepala paip di dalam bilik air dan juga meja dan kerusi yang berada di ruang tamu dan bilik air serta bilik utama di villa tersebut. 

Terdapat 5 bilik yang mewah yang dilengkapi dengan "Jacuzzi", 2 kolam renang, bilik sistem kawalan keselamatan, 7 garaj untuk kereta mewah dan juga beberapa pejabat di dalam villa ini! Saksikan 19 gambar-gambar menarik dari semua sudut villa mewah ini.

Pemandangan dari atas villa mewah ini. Kelihatan ianya juga dikelilingi dengan lanskap yang menarik dan dikelilingi pula kehijauan alam semulajadinya.
 2 kolam renang. Satu di tingkat atas dan satu tingkat bawah. Pilih nak mandi kat mana!



 Balkoni yang lengkap dengan kolam ini mengadap lautan yang membiru!!





 Salah satu ruang di dalam villa tersebut yang dihiasi dengan lukisn mewah hingga ada yang mencecah USD1juta


 Antara lokasi yang bersadur emas boleh dilihat seperti kepala paip dan bingkai cermin di dalam bilik air utama


 Kelengkapan dapur dengan gaya moden dan mewah

 Salah salu garaj yang menempatkan kereta mewah Bentley

  Pemandangan villa ini ketika malam berlabuh.

Jana Pendapatan RM50-RM100 Sehari Terus Ke Akaun Bank Anda Dengan Sistem Dan Produk Yang Berkesan===>>KLIK DISINI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pasang Iklan Baris Dan Banner Di Setiap Posting Di dalam Blog Ini Dengan Hanya RM30 Sebulan. Hubungi admin...e-mail: aryatejajowo@gmail.com

ARKIB BLOG

TERKINI DALAM BLOG

POPULAR DALAM BLOG INI

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP