Motorsikal Terbesar Di Dunia !!!!
Satu kumpulan mekanik dari perkampungan Zillah, German yang diketuai oleh Tilo Niebel telah mencipta Guiness World Book of Records kerana membuat motorsikal yang terbesar di dunia.
Yang menarik tentang motorsikal ini, bahan-bahan yang digunakan adalah bahan-bahan terbuang dari peralatan dan kenderaan tentera. Sebagai contoh enjin untuk menggerak motor ini menggunakan enjin kereta kebal Soviet T55 yang berkekuatan 800 kuasakuda(hp). Berat keseluruhan motorsikal in tanpa muatan adalah hampir 5 tan iaitu berat sebenar 4740 kilogram. Panjang keseluruhan motorsikal ini pula adalah 5.5 meter. Saksikan lain-lain gambar tentang motorsikal terbesar ini.
0 comments:
Post a Comment