RAKAN-RAKAN BLOGGER





Sunday, 10 February 2013

RESEPI : Roti Jala Dengan TIPS "Taktik Korea" Untuk Sarapan Pagi Ahad


Apakata pagi-pagi Ahad sempena cuti panjang ni kita cuba resepi yang ringkas tapi berbaloi untuk dibuat makan bersama-sama keluarga. Resepinya roti jala....memang resepi ni dah biasa tapi ada penambahan tips "taktik korea" di akhir perenggan resepi ni nanti. Jom cuba....



Bahan-Bahan

3 cawan tepung gandung
3 cawan air
1 biji telur
Nak sedap lagi boleh tambah susu cair
Garam & gula secukup rasa
Serbuk kunyit ~ hujung sudu

Cara-cara

1. Masukkan 3 cawan air kedalam pengisar@blender. Masukan susu cair sekiranya perlu. Kisarkan sebentar.
2. Pecahkan telur, masukkan garam, gula & sedikit serbuk kunyit sekadar 
memberi warna. Kisarkan.
3. Cuba adunan dengan pengibar roti jala ke atas kuali. Jika menitik-nitik bermaksud
adunan pekat. Tambahkan sedikit air. Jika adunan kembang bermakna adunan cair.
Tambahkan sedikit tepung dan kisarkan semula.
4. Setelah berpuas hati dengan adunan, sapukan minyak ke atas kuali leper.
Kirai adunan menggunakan acuan roti jala. Bila kelihatan sudah masak dan roti jala 
sedikit terangkat terus lipatkan dengan menjadi 1/4 menggunakan sudip dan angkat.
5. Hidangkan bersama kuah kari. 

TIPS:-

Kalau tak sempat nak buat kuah kari, bolehlah beli di kedai-kedai mamak berhampiran. Taktik "Korea" juga boleh digunakan sebagai contoh...belilah roticanai sebanyak 3 keping dan bungkus pastu pesan lah di kedai yang anda beli tu...bungkuskan kuah kari lebih-lebih skit. Kan cantik roti jala ada roti canai pun ada.

Selamat mencuba..!


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pasang Iklan Baris Dan Banner Di Setiap Posting Di dalam Blog Ini Dengan Hanya RM30 Sebulan. Hubungi admin...e-mail: aryatejajowo@gmail.com

ARKIB BLOG

TERKINI DALAM BLOG

POPULAR DALAM BLOG INI

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP