RAKAN-RAKAN BLOGGER

Saturday, 26 January 2013

Cara - cara murah dan mudah membanteras nyamuk!

Nyamuk cukup mengganggu dan sangat berbahaya sebagai penyebar berbagai penyakit yang boleh memudaratkan. Pembunuh serangga di pasaran adakalanya kurang berkesan bahkan membawa kesan sampingan yang agak serius. 

Berikut ini cara MUDAH dan MURAH yang boleh dicuba. Sesuai untuk semua keadaan seperti kediaman rumah, sekolah, rumah sakit dan kawasan-kawasan yang dikenalpasti banyak nyamuk.


Bahan-bahan yang diperlukan :-

1.  200 ml air 
2. 50 gram gula merah 
3. 1 gram ragi (boleh didapati dipasaraya, kedai runcit atau pasar) 
4. Botol plastik 1.5 liter 
5. Pastik hitam atau pembalut berwarna hitam

Langkah-langkah pembuatan 

1. Potong botol plastik di tengah-tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol. 




2. Campur gula merah dengan air panas dan kacau. Biarkan hingga sejuk dan kemudian tuangkan ke dalam  bahagian bawah potong botol tadi.



3. Tambahkan ragi dan biarkan. Jangan dikacau atau larutkan ragi tersebut. Ini akan menghasilkan karbon-dioksida. 



4. Pasang/masukkan potongan botol bahagian atas tadi dengan posisi terbalik seperti corong. 



5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam kecuali bagian atas. Plastik sampah atau palastik semaian pokok boleh digunakan dan diletakkan di beberapa sudut rumah anda.. 



Dalam dua minggu,anda akan melihat banyaknya jumlah nyamuk yang mati di dalam botol. 



SELAMAT MENCUBA!!!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pasang Iklan Baris Dan Banner Di Setiap Posting Di dalam Blog Ini Dengan Hanya RM30 Sebulan. Hubungi admin...e-mail: aryatejajowo@gmail.com

ARKIB BLOG

TERKINI DALAM BLOG

POPULAR DALAM BLOG INI

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP