10 Terbaik Syarikat - Syarikat Penerbangan
Berikut adalah senarai 10 syarikat penerbangan terbaik di Asia Tenggara, Kepulauan Australasia dan Timur Tengah. Saksikan.
Singapore Airlines
Singapore Airlines merupakan salah satu syarikat penerbangan terbaik di dunia dan ianya telah beberapa kali memenangi anugerah kecemerlangan perkhidmatan. Syarikat penerbangan ini telah memulakan operasinya bermula dari tahun 1947 dan sejak dari tahun tersebut berkembang dan terus berkembang. Hari ini syarikat ini mempunyai sebanyak 103 destinasi serata dunia dan menjadi pilihan utama penumpang kerana perkhidmatan, keselamatan dan inovasi kemudahan-kemudahannya.
Cathay-Pasific merupakan syarikat penerbangan yang sangat popular dalam dunia dengan penerbangan ke 103 destinasi serata dunia. Telah ditubuhkan pada tahun 1946 dan sehingga hari ini, ianya membawa 1juta penumpang sebulan dan telah memenangi anugerah Kelas Pertama Terbaik Di Dunia. Dengan kualiti perkhidmatan dan mesra penumpang, Cathay Pasific menjadi pilihan utama syarikat penerbangan bagi kebanyakan penumpang antarabangsa.
Qantas
Qantas telah ditubuhkan pada tahun1920 dan sejak penubuhannya sehingga sekarang ianya mempunyai sebanyak 130 destinasi. Syarikat penerbangan yang berasal dari Australia ini terkenal dengan keutamaan dari segi perkhidmtan, perlindungan dan kecekapan penyelenggaraannya. Syarikat ini terkenal dengan anugerah "Lounge" Kelas Pertama Terbaik.
Syarikat Thai-Airways ini ditubuhkan sejak tahun 1960 dan ditadbirkan oleh kerajaan Thailand sendiri. Ianya beroperasi hanya 34 negara serata dunia. Syarikat ini menawarkan penerbangan yang selesa dan mesra kepada penumpang yang membawa penanugerahan Kakitangan Kabin Terbaik.
Asiana Airlines
Syarikat Penerbangan Asiana ini hanya beroperasi pada 17 negara di dunia. Bagaimanapun ia pernah memenangi Anugerah Kakitangan Kabin Terbaik dan Kelas Ekonomi Terbaik. Asiana memulakan perkembangan ke destinasi tersebut bermula dari tahun 1988 dan ianya telah dikenali dengan kualiti mesra penumpangnya yang terkenal di Selatan Asia
Malaysia Airlines
Qatar Airways
Dengan namanya ianya pasti sinonim dengan negara Qatar. Qatar-Airways terkenal dengan perkhidmatan pelanggan yang mesra dan sangat rapi pada semua penumpangnya untuk semua destinasinya di dunia tanpa pengecualian.
Air New Zealand
Penerbangan syarikat Air New Zealand ini telah bermula pada tahun 1940. Dengan berapa destinasinya ke serata dunia, syarikat ini pula dikenali dengan hospitaliti perkhidmatan pelanggan dalam kabin. Beroperasi dari lapangan terbang Auckland, syarikat ini membuat penerbangannya di dalam Australia, Amerika Utara dan United Kingdom selain dari penerbangan domestiknya sendiri.
Air Emirates
Etihad Airways
Etihad-Airways pula telah ditubuhkan pada tahun 2003 dan menjadi nadi penerbangan untuk United Arab Emirate. Walaupun usianya yang terlalu awal berbanding dengan syarikat penerbangan lain, ianya terkenal dengan penerbangan yang berkualiti dan mesra pelangan yang berkembang maju untuk beroperasi ke 70 destinasi di serata dunia.
0 comments:
Post a Comment