RAKAN-RAKAN BLOGGER





Tuesday 29 January 2013

Blogger Kontroversi Yang Dilupakan....CORRECT! CORRECT! CORRECT!

 
Gambar dari entri blogger hanief.blogspot.com

Sedang saya melayan YOUTUBE mengikuti ceramah-ceramah terkini dari pemimpin BN mahupun Pakatan mata ini terhenti pada perkataan "malaysianews" atau hanief.blogspot.com

Pada mereka yang cenderung untuk mendapat maklumat tambahan atau tidak bertapis dan UNTOLD story pada dada-dada akhbar mahupun online pada tahun sekitar tahun 2007, pasti ingat akan kehadirannya sebagai blogger yang aktif memberi input. Bagi saya yang selalu mengikuti blognya seringkali akan teringat video-video keluarannya. Yang uniknya bila teringkatkan akan hanief pasti teringat VK Lingam....."Correct...Correct....Correct.....dan juga completely paralyze ....baik..baik."





Maklumat terkini saya ketahui tentang blogger ini, dia berada di Singapura selepas beberapa kontroversi yang berlaku pada tahun 2009 (kalau tak silap saya) di atas beberapa isu dan maklumat di dalam blognya. Bekerja di sana. Sempat juga saya meninjau blog nya semalam. Antara isu atau maklumat yang disampaikan pada tahun 2009 ialah berkenaan isu IRAN syiah dan sunni.

Selain dari hanief, blog lain yang saya selalu ikuti seusia dengannya adalah http://mistisfiles.blogspot.com/. Antara blog pada saya yang memberi input yang baik sebab kebanyakkan info-info yang diberikan adalah SULIT dan adakalanya memerlukan kaedah CHANELLING untuk menghadam maklumat-maklumat yang ada. Sekarang, mistisfiles hanya menjemput pembaca-pembaca melalui jemputan ke ruangan blognya melalui e-mail. Antara isu atau entri terbaik dari mistisfiles ialah MK ULTRA, MONTAUK PROJECT dan juga 2012 - Mayan Calendar. Pada sekitar tahun 2008, timbul juga kontroversi di dalam blog mistisfiles ini dengan kehadiran SRIKANDI. Seorang siswazah perempuan yang berpengetahuan luas dalam sejarah. Banyak juga entri yang disampaikan yang menjadi perbualan dan juga topik yang hangat dalam ruangan komen. Sebelum-sebelum itu kebanyakan komen yang dibuat dalam ruangan ulasan tersebut tidak ditapis oleh moderator atau pemilik blog. Tapi akhirnya terpaksa dilakukan sebagai preventive-action untuk mengelakkan provokasi melampau selain menampan dan finalfilteration maklumat sulit lain yang datang dari pengulas dan pembaca. 

Kalau Srikandi diingati, nama Hang Kebun juga saya ingati sebagai pengulas yang juga kontroversi. Masih saya ingat lagi penulisan Srikandi dengan Siri Alter Rahsia dan yang lain-lain berkisar asal-usul MELAYU hingga membawa kepada dua kumpulan peminat sejarah yang tidak dibukukan(disorokkan atau digelapkan), menjadi 2 blok atau 2 kumpulan. 1 terdiri dari kumpulan yang menitik beratkan sejarah melayu ketika zaman Lembah Bujang dan juga Mehrong Mahawangsa. 1 lagi kumpulan yang bersama dengan Srikandi melalui kajian-kajiannya mengangkat martabat melayu dari rumpun atau jurai ketiga isteri baginda Nabi Ibrahim(Abraham, Brahma) iaitu Siti Keturah atau Qaturah. Dari kisah jurai ketiga ini hingga membawa info-info tentang the Promise Land hinggalah ke kisah piramid di tanah melayu yang dikatakan oleh Srikandi, piramid adalah teknologi yang berasal dari Nusantara ini. Bila membicarakan fakta ini pasti akan menjadi satu lagi isu hangat seperti yang telah di bawa oleh blogger MILITARYOFMALAYSIA oleh SHAHPASKAL.  (......ketika ini saya cuba membuat pautan pada blog bro shah tapi ....."

Forbidden

You don't have permission to access / on this server.
Additionally, a 403 Forbidden error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request." wasup bro? kalau ok saya cuba  edit dah masukkan kembali pautannya.

Fuh.....macam FORBIDDEN HISTORY OF ANCIENT lak. ok kita sambung)

Apa pun maklumat yang disampaikan oleh Srikandi dan moderator-moderator mistisfiles dan juga bro Shahpaskal ini, selain dari blogger lain tentang piramid ini, ianya amat menarik beratus-ratus malah beribu-ribu pembaca dan peminatnya tersendiri. Cuma kajian dan fakta-fakta dari tokoh sejarah dan juga "ALIM-ALIM" sejarah yang kita nantikan agar ianya dapat memberi pencerahan yang relatif seadanya yang dapat merungkai misteri nusantara(lost tribe) ini!. Sekian. "stuck".

Pautan srikandi ====>> http://riwayatmelayu.blogspot.com/


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pasang Iklan Baris Dan Banner Di Setiap Posting Di dalam Blog Ini Dengan Hanya RM30 Sebulan. Hubungi admin...e-mail: aryatejajowo@gmail.com

ARKIB BLOG

TERKINI DALAM BLOG

POPULAR DALAM BLOG INI

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP