Kucing adalah
makhluk yang indah di dunia. Kucing adalah haiwan peliharaan yang paling
dicintai di rumah dan persekitaran. Kucing, adalah mamalia karnivor kecil yang
dihargai oleh manusia untuk persahabatan dan kemampuannya untuk memburu kutu
dan hama rumah.
Kucing telah dikaitkan dengan manusia lebih kurang 9,500 tahun, dan pada masa
ini kucing paling popular di dunia. Ketika membuat keputusan untuk memiliki
binatang peliharaan, 10 jenis kucing berikut adalah paling popular.Kucing lucu,
baik, dan dianggap jinak bagi kanak-kanak. Sebenarnya, kucing adalah binatang
peliharaan mudah dipelihara. Kucing adalah sahabat yang sempurna. Kucing tidak
memerlukan banyak penjagaan dari pemiliknya. Kucing hanya harus teratur diberi
makan. Kucing juga memerlukankan tempat berlindung.
1. Persian Cat
Persia
adalah seekor kucing berbulu panjang yang dikenali dengan wajah bulat dan mulut
pendek. Pesian adalah kucing yang paling popular kerana sangat penyayang dan
setia.Salah satu jenis kucing tertua, namanya sempena nama tempat asalnya,
Persia (
Iran ). Diakui oleh peminat kucing
sejak akhir abad 19, diperkenalkan pertama kali di
England , dan oleh penternak
Amerika selepas Perang Dunia Kedua. Persia
mempunyai harga yang tinggi dan perlu rawatan pemeliharaan setiap hari, bulunya
adalah sangat susah untuk dijaga rapi. Kadang-kadang tumbuh sehingga 3 inci
panjangnya! Persia
memerlukan persekitaran yang nyaman untuk merasa aman.
2. Siamese Cat
Asal namanya Siamese tidak diketahui, tetapi diyakini berasal dari Asia Tenggara. Kucing ini berkembang.biak dari Siamese Moden menunjukkan bentuk tubuh rapi, ramping, bergaya, fleksibel dan badan berotot.Kepala berbentuk segitiga, dengan mulut kecil. Mata berbentuk almond dan cembung. Bulu pendek, berkilat, halus, lembut, padat dan sesuai dengan badan. Siamese dikenali dengan skema warna khas yang tajam.Kucing ini ramping dan cergas dengan telinga yang besar. bulu yang pendek dan terletak berhampiran dengan kulitnya. Kucing ini suka dibelai, dan sangat setia dan rapat dengan seseorang. Kucing ini sangat cerdas dan penuh kasih sayang. Kucing ini sangat mudah berinteraksi, berbunyi dengan suara serak untuk perhatian atau hanya untuk diajak berinteraksi! Kucing ini cenderung mendapat perhatian ramai atau kuat menangis jika anda mengabaikannya.
3. The Maine
Coon cat
The Maine Coon mempunyai struktur tulang yang besar, dengan bentuk badan persegi, dan bulu panjang menjalar dibadannya. Pembiakkannya dapat dilihat dalam berbagai warna dan dikenali melalui kecerdikannya. Bagi kucing jantan kebanyakan berat badannya 12-18 paun, pada berat betinanya biasanya 10-14. Kucing ini kuat, lembut dan manja dengan bulu panjang tetapi tidak memerlukan banyak penjagaan rapi seperti Persia .
4. Abyssinian cat
The Abyssinian adalah jenis kucing peliharaan dengan bulu yang sebegitu
menarik. Ada
banyak cerita tentang asal-usulnya, ramai yang mengatakan ianya berasal dari
Mesir, tetapi asal-usul yang sebenarnya tidak pasti. The Abyssinian telah menjadi salah satu yang paling popular keturunan kucing
bulu pendek di Amerika Syarikat. Bulu separa-panjang, padat, dan lembut untuk
disentuh. The Abyssinian mempunyai bulu yang luar biasa cukup untuk menarik
perhatian. Abyssinians sangat aktif, sibuk dan lucu, dan kucing ini menyayangi
manusia.
5. Ragdoll cat
The Ragdoll adalah salah satu jenis kucing peliharaan terbesar dengan bentuk
badan tegap, tapak kaki besar dan seimbang. Kucing ini berkembang biak dengan
mata biru dan bulu colorpoint
yang berbeza. Ini adalah kucing semi-artis besar dan berotot dengan bulu yang
lembut dan halus.
Kucing ini sangat lembut, santai dan penuh kasih sayang. Kucing ini begitu
jinak namun ianya berbahaya untuk ditinggalkan di rumah sendirian kerana kucing
ini tidak dapat mempertahankan diri jika diserang haiwan lain.
0 comments:
Post a Comment