RAKAN-RAKAN BLOGGER





Sunday 10 February 2013

FENOMENA : Acara Tahunan Penghijrahan Ketam Merah (RED CRAB) Di Pulau Chritsmas





Pulau Christmas yang terletak 2600 km di baratlaut Perth Australia ini, mempunyai keunikannya tersendiri pada setiap tahun. Keunikan yang tersendiri ini adalah disebabkan penghijrahan Ketam Merah atau "RED CRABS" pada setiap tahun bermula dari bulan November dan Disember di pulau itu. Disebabkan fenomena ini, ianya menjadi tarikan pelancongan yang unik ke pulau tersebut.

Pada setiap tahun di masa penghijrahan ini, kira-kira 50juta ketam merah dari hutan-hutan pulau ini akan ke pantai untuk bertelur. Yang menariknya, penghijrahan ini biasanya akan berlaku serentak di seluruh pulau ini. Ketam-ketam jantan akan memulakan dahulu gelombang penghijrahan ini yang kemudiannya akan disertai ketam-ketam betina. Dalam tempoh penghijrahan mereka ke pantai-pantai pulau itu, sekurang-kurangnya 5-7 hari masa diperlukan untuk fenomena ini berlaku.



Apabila proses mengawan ini lengkap, ketam betina akan menempatkan telur-telur mereka ke dalam lubang-lubang kecil sehingga menetas dan berkembang menjadi anak ketam. Anak-anak ketam ini terlalu kecil dan adakalanya akan sukar kelihatan. Apabila anak-anak ketam ini berusia lebih kurang sebulan, anak-anak ketam yang muda ini akan diiringi oleh ketam dewasa untuk memulakan perjalanan atau penghijrahan ke hutan semula. Dalam penghijrahan ke hutan ini, banyak ketam-ketam ini akan mati disebabkan dehidrasi. Dehidrasi ini berlaku disebabkan mereka terpaksa menempuh semula jalan raya-jalan raya yang dibuat oleh manusia yang biasanya akan mengeluarkan haba yang tinggi pada siang hari. Tidak kurang juga ada di antara ketam-ketam itu digilis oleh kenderaan. 

Disebabkan fenomena penghijrahan ketam-ketam ini, dan ianya telah menjadi tarikan pelancongan ke pulau tersebut, pihak yang berwajib atau kerajaan tempatannya telah membuat tindakan melindungi ketam-ketam tersebut dengan menutup laluan yang dikenalpasti sebagai tempat perjalanan ketam-ketam tersebut. Pada masa penghijrahan ini, kebanyakkan laluan akan ditutup untuk kenderaan.
laluan ditutup untuk kenderaan.

Selain itu, tindakan yang lain juga diambil oleh kakitangan Taman Negara Pulau Krismas untuk membina dinding dan pagar plastik khas di sepanjang jalan untuk memandu ketam merah menggunakan laluan khas untuk ketam tersebut di mana mereka boleh menyeberang dengan selamat. 



Proses perjalanan melalui jalanraya ini membuat banyak ketam-ketam ini mati dehidrasi.



Laluan khas yang dibuat untuk ketam-ketam ini


Bentuk ketam merah






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pasang Iklan Baris Dan Banner Di Setiap Posting Di dalam Blog Ini Dengan Hanya RM30 Sebulan. Hubungi admin...e-mail: aryatejajowo@gmail.com

ARKIB BLOG

TERKINI DALAM BLOG

POPULAR DALAM BLOG INI

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP