RAKAN-RAKAN BLOGGER

Wednesday, 25 June 2014

"HERO" Minggu ini



Berjalan sambil dukung adik

Puchong: “Saya terkejut apabila melihat mangsa (Naqiuddin) berjalan kaki sejauh lebih 500 meter sambil mendukung bayi dalam keadaan hilang arah berhampiran kawasan kilang,” kata seorang juruteknik, Muhammad Rosdan Samat, 44, yang menemui dua beradik itu di hadapan tempat kerjanya pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.35 pagi itu, kedua-dua beradik terbabit ‘dibuang’ penjenayah di kawasan Taman Perindustrian Puchong di sini, kira-kira lima kilometer dari lokasi mereka dilarikan.
“Saya bersama seorang lagi rakan sekerja, ketika itu baru memulakan tugas sebelum melihat mangsa keletihan sambil mendukung adiknya.

“Dia ketika itu turut berpakaian baju sekolah dan menggalas beg.

Walaupun nampak penat, namun dia tetap mendukung dan memeluk adiknya,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam.

Menurutnya, dia bersama rakan setugas, Muhammad Kassim Mian, 58, kemudian segera memanggil mangsa sebelum bertanya arah tujuan kanak-kanak itu.

“Dia menjawab ibunya berada di rumah pengasuh dan keretanya dilarikan orang.

“Mulanya saya ingin melaporkan terus kepada polis, namun rakan saya kemudian membuka beg sekolah Naquiddin sebelum melihat buku latihan sekolahnya beralamat di Puchong Perdana tidak jauh dari kawasan ini,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di sini, semalam.

Rosdan berkata, mereka kemudian menghantar dua beradik itu ke sekolah KAFA Integrasi Madrasatul Ikhwan Taman Puchong Perdana di sini, sebelum mendapati orang ramai dan polis berkumpul di sekolah.

“Kami menyerahkan dua beradik kepada ibunya.


Saya dapati ibu kanak-kanak itu hampir pitam selepas mendapati kedua-dua anaknya itu berjaya ditemui semua,” katanya.

sumber http://www.hmetro.com.my/articles/Berjalansambildukungadik/Article

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pasang Iklan Baris Dan Banner Di Setiap Posting Di dalam Blog Ini Dengan Hanya RM30 Sebulan. Hubungi admin...e-mail: aryatejajowo@gmail.com

TERKINI DALAM BLOG

POPULAR DALAM BLOG INI

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP