RAKAN-RAKAN BLOGGER





Monday, 5 August 2013

SALAM AIDIL FITRI : Berdendang Dengan Lagu Raya Pilihan RF Dan "AL-JAWAHER" Yang Hilang


Salam AIDIL FITRI dari REVOLUSI FIKIRAN(RF) buat semua pembaca setia, pelawat-pelawat, teman-teman BLOGGER, sahabat-sahabat RF, wakil-wakil "guru", pemimpin-pemimpin , aktivis-aktivis masyarakat, dan seluruh ahli keluarga dan khas buat pasukan keselamatan (tentera, polis, rela, jabatan perkhidmatan awam, kakitangan hospital, anggota bomba) terutama kepada ahli-ahli keluarga anggota yang terkorban di Lahad Datu tempoh hari, anak-anak yatim seluruh dunia dengan ucapan :-

"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN - Sejahtera dan Makmur lah KITA berbilang bangsa dengan lindungan dan RedhaNYA
dan AL - FATIHA kepada mereka yang telah pergi

Layan lagu-lagu raya pilihan RF dan hayatilah senikatanya. Layan.


Al - JAWAHER - Ku pohon Restu


M. NASER - Suatu Hari Di Hari Raya


SUDIRMAN - Dari Jauh Ku Pohon Maaf


DAYANGKU INTAN - Senandung Hari Raya Untukmu


RAHIMAH RAHIM - Selamat Berhari Raya


AZLINA AZIZ- Indahnya Beraya Di Desa


OTHMAN HAMZAH - Gembira Bersama Di Hari Raya


P. RAMLEE - Dendang Perantau


KHAIRIL JOHARI - Sepasang Kurung Biru


SHARIFAH AINI - Hari Yang Mulia


DJ DAVE - Menjelang Hari Raya


JAMAL ABDILLAH - Salam Aidil Fitri


AL-JAWAHER - Selamat Hari Raya

RF : Bila mendengar lagu nyanyian Al - JAWAHER, ianya membawa nostalgia RF ke suatu masa ketika dahulu. Al - JAWAHER adalah kumpulan Nasyid yang dianggotai oleh 8 wanita dari negara Singapura dan salah seorang anggota mereka adalah adik kepada Sifu M Nasir. Kumpulan ni popular di awal tahun 80'an dengan lagu masyarakat dan dakwah mereka. Antara lagu popular yang dinyayikan adalah SEROJA, KEMBARA DI TANAH GERSANG dan PERJALANAN 2(nyanyi bersama Sifu M Nasir). Tentang pencipta lagu dan lirik mereka, takpe RF akan rujuk pada pakcik RF .

Lagu-lagu lain Al-Jawaher Yang Popular Tetapi Membawa Maksud Yang Mendalam



Video di bawah, paling "latest" Al-Jawaher dari Pn Habibah(salah seorang anggota)


Tabiklah puan, vokal masih baik lagi."Salam AidilFitri"

Lirik penuh "Kembara Di Tanah Gersang"




Kembara berjalan bersendirian
Mencari jalan pulang

Bilakah masanya embunkan menjelma
Di tanah gersang yang membakar

Alangkah pedihnya nasib kembara
Ditengah khatulistiwa
Tak siapa yang dapat menghilangkan dahaga
Namun tetap ia bertahan

( korus )
Kami semua senasib dengan mu
Wahai kembara di tanah gersang
Mencari kebahgian dalam hidup
Menempuh berbagi rintangan yang ada
Namun bahgia masih impian

Kau masih berjalan dibawah sinar
Bulan bintang yang membimbing mu
Suatu hari kau kan bertemu
Sungai mengalir di taman indah
Nanti di suatu masa

( ulang korus )

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/05/lirik-kembara-di-tanah-gersang-al.html#ixzz2b1FAtOIe


Bila menghayati lirik lagu Al-Jawaher dalam Lagu Kembara Di Tanah Gersang

Alangkah pedihnya nasib kembara
Ditengah khatulistiwa
Tak siapa yang dapat menghilangkan dahaga
Namun tetap ia bertahan

"SIAPAKAH gerangan Hamba Tuhan ini yang mengembara dari Tanah Gersang(Gurun Pasir) hingga Ke KHATULISTIWA ini?

Kau masih berjalan dibawah sinar
Bulan bintang yang membimbing mu
Suatu hari kau kan bertemu
Sungai mengalir di taman indah
Nanti di suatu masa



RF- Cuba kaitkan lirik lagu, nama kumpulan dengan "The Lost Tribe"

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pasang Iklan Baris Dan Banner Di Setiap Posting Di dalam Blog Ini Dengan Hanya RM30 Sebulan. Hubungi admin...e-mail: aryatejajowo@gmail.com

TERKINI DALAM BLOG

POPULAR DALAM BLOG INI

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP