Bila sebut Nikola Tesla, pasti kita teringat zaman sekolah dulu semasa membuat ujikaji tentang medan magnet kerana unit untuk mengukur medan ini dipanggil TESLA atau simbol 'T". Atau mungkin ada juga yang mengetahui sebagai pencipta motor elektrik. Atau mungkin juga diantara anda yang kurang mengetahui latarbelakang dan fakta tentang diri manusia yang bernama Nikola Tesla ini. Kenapa Tesla dan fakta tentang dirinya digelapkan?
Pasti anda akan dapat jawapannya bila segala ciptaan dan penemuannya anda ketahui!
SEDIKIT LATARBELAKANG TENTANG DIRINYA
Nikola Tesla dilahirkan pada 10 Julai pada tahun 1856 di Smiljan di negara Croatia.
Ibunya seorang surirumah mempunyai minat untuk mencipta pelbagai peralatan rumah
sebagai kerja sambilan. Antara peralatan ciptaan ibunya ialah pemukul telur dan mentega. Pendedahan aktiviti ibunya, mendorong Tesla mempunyai minat yang mendalam untuk mencipta pelbagai alat dan ciptaan untuk memudahkan manusia melakukan kerja. Lantaran minat yang mendalam ini, Tesla melanjutkan pelajaran ke Polytechnic Institute in Graz, Austria dan seterusnya ke Universiti of Prague, Austria hingga memiliki ijazah kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal.
Tesla dengan kajiannya
Pada tahun 1882, Tesla memulakan kerjayanya di Central Telephone Exchange di Budapest. Konsep dan idea "Rotating Magnetic Field" yang dimiliki terbantut untuk dilaksanakan di Budapest kerana kekurangan modal, mendorong beliau menulis kepada Thomas Edison. Tanggal 6 Jun tahun 1884, sejarah kehidupannya bermula di Amerika setelah Thomas Edison bersetuju untuk mengambil Tesla berkerja dengan syarikat Thomas Edison.
Thomas Edison, telah berjanji pada Tesla, untuk membayar Tesla sebanyak USD14 seminggu dan juga US50,000 sebagai bonus sekiranya Tesla dapat memperbaiki mutu "Direct Current"D.C ciptaannya. Tetapi malangnya setelah Tesla melaksanakan tugasnya, Thomas Edison tidak menepati janjinya untuk membayar USD50,000 tersebut lebih-lebih lagi konsep "Alternate Current" A.C yang dibawa Tesla, boleh mengugat dirinya sebagai pelopor Tenaga Elektrik di Amerika. Merasakan dirinya tertipu, Tesla berhenti bekerja dengan Thomas Edison.
Kemudian seorang pesaing kepada Thomas Edison dan juga seorang usahawan yang giat dan dahagakan teknologi dalam pernigaannya iaitu George Westinghouse bertemu Tesla untuk menjadikan rakan niaga agar mereka dapat mencipta dan menjual jenerator, motor dan transformer yang menggunakan "Alternate Current" yang cuba diketengahkan oleh Tesla. Bermulalah pesaingan di dalam pasaran Tenaga Elektrik di Amerika!
Anda boleh mengetahui lebih lanjut kisah kehidupan Tesla
yang difilemkan dalam video di youtube di atas
History Channel : The Missing Secrets Of Nikola Tesla
FAKTA-FAKTA LAIN TENTANG TESLA
1. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab dalam mencipta Hidroeletric Power Plant di Niagara Fall yang menjadi sumber tenaga utama yang menerangi bandaraya New York dari tahun 1896 hingga kini.
2. Tesla Unit yang bersimbolkan "T" telah digunapakai sebagai unit ukuran untuk mengukur medan magnet hasil kajiannya.
3. Tesla adalah pencipta WIRELESS TECHNOLOGY yang telah dicipta pada tahun 1898 dan didemostrasikan pada bot permainan.
Sekiranya anda menonton filem berkenaan diri Tesla, mungkin anda akan faham
bagaimana Tesla mendapat ilham menghasilkan "remote control". Ideanya mungkin
terhasil dari kekuatan SQ dan EQ yang dimanifestasikan oleh IQ dan berfikir
secara "hukum alam"
4. Sistem "ALTERNATE CURRENT" A.C yang dicipta oleh Tesla, ditentang hebat oleh
Thomas Edison dengan melakukan Propaganda, A.C boleh membunuh. Thomas Edison telah membunuh anjing dan juga gajah dengan menggunakan elektrik sebagai mengguatkan
hujahnya tentang A.C "boleh membunuh".
5. Beliau adalah salah seorang pelopor atau penemu konsep "Free Energy". Konsep
"Free Energy" beliau yang paling terkenal adalah "Wardenclyffe Tower" atau "Tesla Tower"
dan juga Tesla Coil. Melalui kaedah "Wardenclyffe Tower" ini, tenaga elektrik yang
terhasil di ambil atau dijana dari alam sekeliling dan dapat dialirkan dan digunakan secara
percuma tanpa had keseluruh dunia dengan menggunakan WIRELESS.
"Wardenclyffe Tower" ini tidak diteruskan pembinaannya dan dimusnahkan pada tahun
1917 kerana ianya boleh menggugat "monetary system" yang ada.
6. Terdapat 250 paten yang telah diusahakan beliau termasuklan Radar, "Spark Plug",
Robot, Radio, X-Ray malah kita mungkin terkejut bila mengetahui teknologi Cellular Phone
(handphone) juga merupakan ciptaan Tesla.
7. Telah diiktiraf sebagai " A HUMANITURIAN" dan "GENIUS MAN". Banyak Yayasan untuk konsep "Free Energy" menggunakan nama Tesla selepas kematiannya.
8. Meninggal dunia pada 7 January 1943 di New Yorker Hotel dalam keadaan berseorangan dan kemiskinan.
9. Kertas kerja "Death Ray" beliau telah didokumentasikan sebagai rahsia.
10. Selepas kematiannya, seluruh harta dan kertas kerja beliau menjadi simpanan kerajaan Amerika. Ada juga kertas kerja dan konsep idea Tesla terlepas ke tangan Protegenya.
REVOLUSI FIKIRAN mengucapkan SALAM AIDIL FITRI buat semua pengunjung terutama kepada yang muslim.
SEMOGA lebaran kali ini mengeratkan lagi hub... Baca lebih lanjut
Peluang Bisnes TERBARU !!
AKAN DILANCARKAN PADA BULAN APRIL
Ingin Mencari Pendapatan TAMBAHAN?
Peluang mudah dengan menggunakan Tele... Baca lebih lanjut
Seorang jurugambar amatur Roland Ross sempat merakam adegan yang meyayat hati anak badak sumbu di makan seekor buaya di Taman Kruger, Afrika S... Baca lebih lanjut