RAKAN-RAKAN BLOGGER





Monday 30 June 2014

Sotong Bakar Romantik Bercili dgn Taburan Lada Hitam dan Serbuk Bawang Putih


Bahan-bahan ( 2 orang makan )

1. 3 Ekor Sotong Basah (Besar) dibuang kulitnya
2. 1sb Pes Cili Giling/Blender
3. 3sb Kicap Manis
4. 1/2 kiub pati ikan bilis

Cara-cara

1. Kelarkan sotong tapi jangan putus (Cara paling mudah, masukkan pisau besar dalam sotong dan ambil satu lagi pisau dan kelar keatas pisau tadi. Hasilnya akan jadi kelaran yang cantik dan tidak putus)
2. Campurkan kesemua bahan2 bersama sotong kemudian bakar diatas tempat pembakar... (Boleh gunakan grill pan / cooking pan)
3. Masak/bakar lebih kurang seminit setiap bahagian.
4. Selepas masak angkat dan taburkan dengan lada hitam dan serbuk bawang putih.
5. Hiaskan dengan taburan daun bawang sperti digambar untuk lebih romantik. Hehehehe... kemudian hidangkan pada suami atau isteri.. mesti akan tambah sayang... Makan ngan nasi panas atau ratah sahaja. Boleh juga dicicah dengan sos kicap pedas...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pasang Iklan Baris Dan Banner Di Setiap Posting Di dalam Blog Ini Dengan Hanya RM30 Sebulan. Hubungi admin...e-mail: aryatejajowo@gmail.com

TERKINI DALAM BLOG

POPULAR DALAM BLOG INI

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP