RAKAN-RAKAN BLOGGER

Sunday, 27 July 2014

Ucapan Salam Aidil Fitri 1435H/2014 - Al - Jawaher - Ku Pohon Restu


"Daun dihiris dianyam ketupat, 
Ketupat terhidang dimeja jati, 
Andai ada  khilaf tak terlihat, 
Dipohon maaf seikhlas hati"

Salam ucapan Aidil FITRI buat semua muslim dan Umat Manusia seluruh dunia. 

Semoga kehidupan kita lebih dirahmati dan diberkati olehNya.
Ya Illahi  Ya Illahi Ya Illahi Ya Rabbul Izati Rabbul Amin.




Al- JAWAHER bersama M Nasir

Read more...

Thursday, 24 July 2014

KUIH....! KUIH !!! - RESEPI BISKUT TART GULUNG - 1 HARI 1 RESEPI

gambar hiasan

Bahan-bahan:

Doh tart:

2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 ½ sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
1 cawan mentega (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar gula

Inti Jem Nenas:

4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
Kulit kayu manis
Daun pandan
sedikit esen vanila
Bunga cengkih

Cara-cara:

Doh;
Campurkan mentega, susu, minyak sapi, garam dan pukul hingga sebati.
Masukkan telur dan vanilla, dan pukul lagi campuran tadi
Masukkan tepung yang telah diayak. Gaul hingga sebati dan membentuk doh yang lembut.

Inti Jem Nenas;
Parut nenas hingga halus. Jangan dibuang airnya.
Masak nenas tadi bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus. Setelah kering masukan gula, esen vanilla, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau tanpa henti hingga likat. Angkat dan sejukkan.

Panaskan oven pada 150°C.
Ambil doh tadi tekan pada acuan tart, isikan inti jem yg telah siap tadi, kemudian gulung secara pelahan, letakkan di dalam dulang membakar.

Untuk mencantikkan kuih tat, sapukan sedikit kuning telur pada bahagian atas tart.

sumber http://resipichef.com/kuih-raya/resipi-tart-nenas/

SELAMAT MENCUBA!!!

Read more...

Wednesday, 23 July 2014

Pasukan penyiasat Malaysia terima mayat mangsa nahas MH17


Beberapa anggota Pasukan Siasatan Khas Malaysia menerima mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine, Khamis lepas.
Kesemua 282 mayat terbabit tiba di Kharkiv, kira-kira 500 kilometer dari Kiev, pukul 12 tengah hari (waktu tempatan).

Ketua Pasukan Siasatan Khas Malaysia Khairil Hilmi Mokhtar mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.
Bagaimanapun, petugas media rasmi tidak dibenar memasuki kawasan operasi di mana mayat terbabit akan dikenal pasti dan dipindah daripada kereta api yang dilengkapi bilik penyejuk meskipun menunggu lebih enam jam sejak pukul 6 pagi.

Seorang pegawai kerajaan Kharkiv berkata kesemua mayat itu dibawa ke pangkalan tentera sebelum dihantar balik ke negara asal.
Kumpulan itu dihantar ke Kharkiv berikutan pengumuman Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya pada Isnin malam, bahawa 282 mayat akan dipindahkan dengan kereta api dari Torez ke Kharkiv selepas beliau berjaya mengadakan rundingan dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah Ukraine yang bergolak, lokasi pesawat itu terhempas.

Tapak kemalangan berhampiran Torez adalah kira-kira 300 kilometer dari Kharkiv.
Najib berkata mayat terbabit akan diterbangkan ke Amsterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda bersama-sama anggota Pasukan Siasatan Khas Malaysia. Mayat rakyat Malaysia akan diterbangkan ke tanah air selepas selesai semua kerja forensik.

Pasukan itu terdiri daripada 23 petugas daripada Pasukan Penyelamat Khas Malaysia (SMART), 12 anggota forensik polis dan pegawai Kementerian Pengangkutan. Sembilan pemberita turut menyertai mereka.
Mereka berlepas dari Kiev pada 10.30 malam Isnin (3.30 pagi Selasa waktu  Malaysia) dan tiba di tempat pertemuan pada 6 pagi semalam (11 pagi waktu Malaysia).

Semalam, pasukan itu turut menerima dua kotak hitam di Donetsk. Susulan kejayaan mendapatkan mayat serta kotak hitam itu, pasukan penyiasat Malaysia akan memindahkan operasinya ke Belanda dan mereka akan berlepas ke Amsterdam malam ini. Pesawat MAS Penerbangan MH17 itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di Donetsk, timur Ukraine yang terletak berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

Pesawat jenis Boeing 777-200 itu membawa 298 orang iaitu 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Ia dipercayai ditembak jatuh tetapi sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab menyebabkan nahas itu. – Bernama, 22 Julai, 2014.



Read more...

MH17- Gambar-Gambar Sekitar - Perjalanan Keretapi Membawa Jenazah, Pasukan Penyiasat Malaysia Dan Penyerahan Kotak Hitam Kepada Wakil Malaysia


 Jenazah di bawa dengan keretapi menuju ke Kharkiv.
 Pintu gerabak ditutup dengan rapi dalam gerabak berhawa dingin untuk mengelakkan mayat mereput dengan cepat.
Wakil Kerajaan Belanda memeriksa mayat 





 Jaminan Keselamatan dari puak pemisah kepada pasukan penyiasat antarabangsa




  
5 gambar di atas - Pasukan Pakar Penyiasat Malaysia? Di kawasan lokasi nahas





Penyerahan Kotak Hitam milik MH17 kepada wakil Kerajaan Malaysia Leftenan Kolonel Mohamed Sakri(berjeket hitam dan berbaju merah)di saksikan sendiri oleh Alexander Borodai 
Alexander Borodai - Memberi jaminan keselamatan pada penyiasat antarabangsa 
Gambar dari satelit lokasi nahas



Kenyataan akhbar mengenai tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di Seri Perdana, Putrajaya awal hari Selasa.
PM Malaysia Dato Seri Najib

"Sepanjang beberapa hari lepas, kami berusaha di sebalik tabir bagi mewujudkan hubungan dengan mereka yang mengawal lokasi nahas MH17.

Kini, hubungan itu sudah terjalin. Dalam keadaan yang sukar dan tidak menentu, kami telah membincangkan masalah-masalah yang membelenggu kami: mendapatkan bukti penting daripada pesawat, menjalankan siasatan bebas, dan paling penting, mengambil mayat mangsa.

Malam ini, kami telah mencapai asas persetujuan untuk berbuat demikian.

Awal petang tadi, saya bercakap dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah di mana tragedi itu berlaku. Kami mencapai persetujuan tentang perkara berikut:

Pertama, 282 mayat, yang ketika ini berada di Torez, akan dipindahkan dengan kereta api ke Kharkiv untuk diserahkan kepada para wakil dari Netherlands.

Kereta api itu akan bertolak petang ini mengikut waktu Ukraine, dan akan diiringi enam anggota pasukan pengumpul bahan bukti dari Malaysia. Mayat-mayat itu kemudian akan diterbangkan ke Amsterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda, bersama pasukan Malaysia. Setelah selesai semua kerja forensik, mayat warganegara Malaysia akan dibawa pulang ke Malaysia.

Kedua, pada kira-kira 9 malam ini waktu Ukraine, dua kotak hitam akan diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk, yang akan menyimpan kotak berkenaan.

Ketiga, para penyiasat bebas antarabangsa akan diberi jaminan keselamatan masuk ke lokasi nahas untuk memulakan siasatan penuh tentang tragedi itu.

Saya perlu tegaskan walaupun persetujuan telah dicapai, namun ada beberapa langkah yang perlu diambil sebelum diselesaikan.

Masih ada kerja yang perlu dilakukan, kerja yang bergantung kepada hubungan yang berterusan dengan jujur. Setakat ini Borodai dan orangnya memberi kerjasama.

Saya meminta semua pihak supaya terus bekerjasama bagi memastikan persetujuan itu dihormati; supaya mayat rakyat kita diserahkan kepada kita, agar kotak hitam diserahkan, dan supaya pasukan antarabangsa diberi akses penuh ke lokasi terbabit.

Hanya selepas itu, barulah siasatan mengenai MH17 boleh benar-benar bermula; barulah mangsa boleh diberi penghormatan yang sewajarnya. Kita perlu tahu apa yang menyebabkan pesawat itu terhempas, dan siapa yang bertanggungjawab, agar keadilan boleh ditegakkan.

Baru-baru ini, ada ketikanya, saya berasa mahu menyuarakan dengan lantang kemarahan dan kepiluan yang dirasai rakyat Malaysia. Bagaimanapun, kadang kala, kita perlu bekerja secara senyap untuk mendapat hasil yang lebih baik.

Saya faham, bagi anggota keluarga, tiada apa yang boleh diubah kembali. Nyawa yang telah hilang tidak boleh dikembalikan; maruah yang hilang tidak boleh dipulihkan.

Perasaan saya sentiasa bersama mereka yang kehilangan orang yang disayangi dalam tragedi MH17. Kami berharap dan berdoa agar persetujuan yang dicapai malam ini akan membawa kepada langkah yang jelas ke arah penyelesaian.

Read more...

Tuesday, 22 July 2014

KUIH....! KUIH !!! -RESEPI BISKUT CORNFLAKES CRUNCH - 1 HARI 1 RESEPI


gambar hiasan


BAHAN-BAHAN :

250gm mentega
250gm tepung gandum
150gm gula kastor
2 sudu teh esen vanila
3 cawan cornflakes yang sudah diramas (kalau nak tambah lagi pon boleh)

CARA-CARA :

1.Putar mentega dan gula sehingga berkrim.
2.Masukkan esen vanila dan pukul rata.
3.Kemudian masukkan tepung gandum dan cornflakes. Uli sehingga menjadi doh.
4.Ambil 1 sudu teh penuh dan atur di dalam loyang (boleh buat pelbagai bentuk)
5.Bakar pada suhu 180C selama 15minit atau sehingga kekuningan.

Sumber http://alyasygsanda.blogspot.com/2012/01/edisi-raya-biskut-cornflakes-crunch.html

SELAMAT MENCUBA!!!

Read more...

Monday, 21 July 2014

KUIH....! KUIH !!! - RESEPI TART NENAS - 1 HARI 1 RESEPI

gambar hiasan

Adunan dapat anggaran 35 – 40 biji

300 gms tepung gandum -kalau lembut tambah tepung.
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula ising
200 gms butter
2 kuning telor sahaja
jem nenas – secukupnya

1. Ayak tepung gandum, tepung jagung , gula icing dan garam.
2. Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method)
3. Kemudian masukkan telur dan satukan menjadi doh.
4. Canai jadi setengah inci dan terap guna acuan atau cutter .
5. Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 – 30 minit atau sehingga masak.
6. Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.

Sumber http://wanmutiara.wordpress.com/2012/08/09/tart-nenas/

SELAMAT MENCUBA!!!

Read more...

Sunday, 20 July 2014

PEOGEUT CDM25 : Bukan Persoalan BULAN RAMADHAN, ISLAM, MELAYU, CINA atau PEREMPUAN tapi persoalan MANUSIA dan EMOSINYA.


Agak terkejut saya melihat video gelagat pemandu perempuan CDM25 kereta Peugeot. Sedikit jenaka pun ya juga. Mana tidaknya sampai sanggup ambil kunci kereta lelaki cina warga emas tu! Siap ketuk lagi kereta lelaki cina warga emas tersebut.

Itulah hakikatnya peristiwa di Malaysia. Sedikit yang buat perangai, satu MALAYA kena hentam. “Sebab nila setitik rosak susu sebelanga”. Kalau melihat komen-komen yang ada tentang video tersebut pada laman youtube itu sendiri atau pada mana-mana laman sesawang blog dan sebagainya, komen yang kurang enak cuba dikaitkan dengan anutan AGAMA dan BUDAYA!

Benarkah wanita ini mewaklili orang MELAYU dan sikap WANITA MELAYU atau juga WANITA MALAYSIA? Pasti ramai yang tidak bersetuju dan protes terhadap tindakan wanita tersebut.

Kalau direnung secara mendalam, tindakan wanita tersebut ini tidak mewakili sikap orang MALAYSIA, orang MELAYU(ISLAM), wanita MELAYU dan juga tidak mewakili wanita MALAYSIA. Tapi dia mewakili EMOSI MANUSIA.  Manusia yang ada sifat emosi. 

Kita semua ada emosi. Bezanya samada emosi yang dikawal atau tidak. Emosi yang positif atau emosi yang negatif. Kalau kita sebagai manusia tiada emosi masakan kita bersimpati dengan yahudi yang berlaku kejam pada orang PALESTINE di GAZA  dan tidak perlu kita simpati pada mangsa MH17 sebab kita hilang emosi sebagai manusia! Tapi itulah bezanya emosi yang lahir atas simpati sebagai manusia yang prihatin atau emosi yang tidak terkawal .

Bila emosi wanita itu tidak dikawal, berlakulah tindakan diluar kawalan. Akibatnya perkara yang jarang dilakukan tanpa disedari diterjemahkan dalam bentuk perbuatan ….akibatnya kunci kereta dan stering lock dijadikan sandaran dalam membuat pengadilan dan hak diri dalam peristiwa tersebut dan menuntut RM2,000 sebagai ganti!

Keadaan yang tidak disengajakan bukan sengaja warga emas lelaki cina itu hendak melanggar kereta peogeut itu. Berbeza dengan peristiwa MH17 perkara yang disengajakan walaupun pihak yang bertanggungjawab mengaku tidak berniat untuk mensasarkan pada pesawat yang membawa 298 penumpang! Tetapi bukan isu MH17 yang saya cuba sampaikan.

Kedua-duanya peristiwa CDM25 dan MH17 tetap disebut sebagai KEMALANGAN. Yang berbeza kemalangan CDM25 tidak meragut dan mencederakan mana-mana pihak malah kedua-duanya  telah ditawarkan oleh salah sebuah syarikat telekomunikasi di Malaysia untuk membiayai kos kemalangan tersebut.

Cuma beberapa komen yang dilontarkan di dalam laman siber ini yang agak kurang enak didengar di halwa telinga seperti mengaitkan bulan RAMADHAN, ISLAM, MELAYU dan CINA. Sedar atau tidak sedar komen-komen yang berbaur perkauman ini juga timbul akibat dari EMOSI yang tidak terkawal atau lebih mudah emosi negatif! Law of attraction – hukum tarik menarik. Perkara yang negatif mengundang yang negatif. Wanita itu mengamuk dan terkeluar perkataan kesat menyebut “CINA” mengundang kemarahan pada semua lapisan masyarakat dalam laman – laman sesawang dalam alam siber yang berbaur perkauman.

Pakcik SIM -sikap tenang, sabar dan pemaaf yang ada pada dirinya patut dicontohi dan diteladani
Tuhan Maha Pengasih! Sikap TENANG dan SABAR di balas serta merta!

Yang menariknya, emosi yang ada pada warga emas tersebut. Beliau mempunyai SIKAP TENANG dan SABAR yang tinggi. Berpuasa ke dia atau sebab kematangan dalam diri menjadikan EMOSI dirinya stabil dan dapat dikawal?  Inilah PERSOALAN EMOSI MANUSIA. Pada pandangan saya , tidak ada kena mengena dengan BULAN RAMADHAN, MELAYU, CINA atau WANITA!

Percaya atau tidak video perempuan melayu yang mengamuk di jalan raya di Kuantan itu menjadi viral dalam alam siber dan trending satu dunia dalam laman Youtube tetapi akhirnya tenggelam dengan serangan Yahudi di GAZA dan kemalangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine!!!





Sis...Walaupun emosional tetapi sikap RASIONAL anda lebih tinggi..(memohon maaf secara terbuka)

Kepada ERAFM....tindakan kakitangan ERAFM memberi peluang pada wanita ini datang ke konti perlu dipuji kerana berani menjadi "orang tengah" yang meredakan keadaan. Syabas ERAFM.
Dan tidak lupa juga pihak PDRM yang menjalankan tugas dengan adil.

RF : Sis, apa kata raya ni buat rumah terbuka pada hari yang sesuai dan jemput pakcik Sim ni dan ahli keluarganya ke rumah. Dan jemput juga kakitangan ERA FM. Pasti menjadi hari raya yang terindah buat sis dan pakcik sim ni. 

Read more...

Saturday, 19 July 2014

KUIH....! KUIH !!! - RESEPI TART BLUEBERRY - 1 HARI 1 RESEPI

gambar hiasan

Bahan-bahan

180gm butter
50gm minyak sapi
80gm gula aising
250gm tepung jagung
50gm susu tepung
1 biji kuning telur
1 sudu kecil blueberry paste
perwarna purple – sukatan untuk hiasan
Tepung gandum – sukat sampai jadi doh

Cara-cara

Satukan minyak sapi , butter dan gula.
Gaul guna senduk sampai berkrim.
Masuk kuning telur. masuk paste dan perwarna purple
Masuk tepung jagung + susu tepung
Masuk tepung gandum sedikit demi sedikit hingga jadi doh yang lembut.
Pancit guna guna acuan tart. masuk inti gulung…
Bakar suhu 150′c lebih kurang 20 minit atau sehingga masak

SELAMAT MENCUBA!!!

Read more...

MH17 - Lagi Gambar - Gambar Sekitar Kemalangan MH17 - 24 Gambar dan PM DSN - "Bendera MALAYSIA dikibarkan separuh tiang mulai hari ini"




 Pasukan Mencari dan Menyelamat bersama Kakitangan Kementerian Ukraine membuat operasi dan menyelamat yang terhempas di Grabovo, wilayah Donetsk, Ukraine.
 Seorang askar dipercayai sebagai askar puak pemisah Pro Russia berdiri si atas serpihan pesawat MH17
 Sebahagian beg pakaian dan barang - barang kepunyaan mangsa korban(penumpang dan krew) pesawat MH17
22 kanak-kanak warganegara Belanda mangsa korban 










 Askar - askar puak pemisah pro Russia berdiri ditempat kejadian tragedi pesawat terhempas


Seorang wanita berdiri dihadapan lambakan jambangan bunga yang diletakkan di hadapan Kedutaan Belanda di Kiev, Ukraine dengan poster yang mengutuk pihak yang bertanggungjawab di atas kejadian MH17




 Lagi gambar orang ramai meletakkan jambangan bunga dan nyalaan lilin di Kedutaan Belanda di Kiev, Ukraine.
Alexander Berodai (berbaju biru sedang bercakap dalam telefon) yang mengaku sebagai Perdana Menteri "Donetsk People's Republic".


Dan terkini PM Dato Sri Najib menyeru untuk mengibarkan bendera MALAYSIA separuh tiang atas peristiwa MH17 ini pada hari ini Sabtu 19 Julai 2014.. Beliau juga menyeru semua umat Islam terutama di Malaysia untuk mendoakan dan solat hajat untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara. Manakala bagi lain-lain anutan, berdoa mengikut ajaran masing-masing.




Satu sidang parlimen tergempar juga akan diadakan sebagai mengutuk atas kejadian yang tidak berperikemanusiaan pada tragedi MH17.

RF: Sekali lagi mengucapkan takziah dan melahirkan rasa simpati ke atas SEMUA MANGSA PENUMPANG DAN KAKITANGAN YANG TERKORBAN BERSAMA PESAWAT MH17 ini. AL-FATIHAH.

Artikel berkaitan sebelum ini.
http://revolusifikiran.blogspot.com/2014/07/terkini-14-gambar-gambar-berkaitan.html

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pasang Iklan Baris Dan Banner Di Setiap Posting Di dalam Blog Ini Dengan Hanya RM30 Sebulan. Hubungi admin...e-mail: aryatejajowo@gmail.com

ARKIB BLOG

TERKINI DALAM BLOG

POPULAR DALAM BLOG INI

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP